Loading...
TR

Makcik culik & jual anak saudara demi iPhone 11


23 November lalu, Polis dari An Giang, Vietnam membuat keputusan untuk menahan seorang wanita atas dakwaan cuba menjual anak saudaranya sebagai pertukaran untuk iPhone 11.

Menurut portal media Vietnam, Dantri, suspek, Hanh, berusia pertengahan tahun itu diamanahkan oleh saudaranya untuk menjaga kanak-kanak berusia dua tahun, Ng, untuk seketika. 

Baru-baru ini juga, Hanh berkenalan dengan seorang kawan baru menerusi media sosial dan individu itu dikenali sebagai Vinh. 

31 Oktober, Hanh membawa Ng keluar dan pada masa itu Vinh membuat panggilan video pada Hanh. Ketika mereka sedang berbual, Vinh kerap mengatakan Ng sangat comel. 

Hanh kemudian menipu Vinh dan berkata, Ng dibuang oleh bapa kandungnya, sementara ibu Ng pula ketagih berjudi dan merupakan penagih dadah, dan Hanh merancang untuk menghantar Ng ke tokong untuk dijaga.

Vinh kemudian menawarkan diri untuk mengambil Ng sebagai anak angkat dan berjanji akan memberi Hanh sebuah iPhone 11 bersama sedikit wang tunai. Dan Hanh bersetuju dengan tawaran itu. 

Pagi keesokan harinya, Hanh pergi mengambil Ng dari rumah neneknya dan berkata dia mahu membawa Ng pergi bermain di luar. Sebaliknya dia mahu membawa Ng bertemu dengan Vinh. 

Vinh memberi Hanh 1.5 juta dong (RM270) untuk tambang teksi dan iPhone 11 seperti yang dijanjikan sebelum itu. 

Selesai menyerahkan Ng, Hanh pulang ke rumah nenek Ng. Menyedari Ng tiada di rumah, si nenek bertanya kepada Hanh di mana keberadaan cucunya itu. Hanh berbohong dan mengatakan dia sudah menghantarnya pulang ke rumah itu.

Bagi mengelak perbuatannya daripada disyaki oleh ahli keluarga, Hanh membuat laporan polis dan mendakwa Ng telah hilang. 

Polis mula menyiasat kes itu dan berasa curiga dengan keterangan Hanh. Selepas menyoal siasat wanita itu, Hanh akhirnya mengaku yang dia telah menjual Ng kepada Vinh semata-mata mahu mendapatkan iPhone 11. 

Pada 3 November, polis menyerbu kediaman Vinh untuk menyelamatkan Ng dan membawa Vinh ke balai untuk disoal siasat. Mereka juga menahan Hanh untuk membantu siasatan. 

Sementara itu, Ng telah dihantar ke pangkuan ke keluarganya semula. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.