Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang menjadi kegemaraan masyarakat. Sifatnya yang manja dan lincah membuatkan sesiapa sahaja tertawan. Ada sesetengah penjaga yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk memberikan keselesaan kepada kucing mereka. Tetapi ada juga yang melepaskan haiwan itu ke merata tempat sehingga ke tempat merbahaya.
Seperti perkongsian oleh seorang juruteknik ini, dia terkejut apabila mendapati seekor kucing yang terperangkap didalam Box MCB. Kucing tersebut didapati sudah keras dan tidak bernyawa.
TRAGEDI. Kejadian berlaku semalam yang melibatkan seekor kucing terperangkap di dalam MCB box di Kuala Selangor. Seorang juruteknik ditugaskan untuk memeriksa TNB box dan MCB BOX yang mengalami gangguan. Setelah tiba di lokasi, beliau mendapati ada seekor kucing terperangkap di dalam Box MCB.
Kucing itu sudah tidak bernyawa dan bangkainya mengeras. Kakitangan berkenaan kemudian meminta pihak pengurusan untuk mematikan suis utama bagi mengeluarkan bangkai kucing malang itu yang kemudian dikebumikan di kawasan berhampiran.
Walaupun tidak diketahui sama ada kucing itu bertuan atau sebaliknya, pemilik kucing diingatkan agar peka dan mengawasi kucing perliharaan masing-masing dan elakkan haiwan kesayangan mereka bermain di kawasan berbahaya termasuk suis utama TNB dan MCB bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.
Selain itu, kejadian ini juga salah satu contoh keburukkan membuang kucing ke jalanan. Kejadian seperti ini boleh berlaku pada mana-mana haiwan jalanan yang gemar masuk ke semua tempat tanpa mengetahui tempat itu berbahaya atau tidak.
STOP DUMPING YOUR CAT AND DOG
Sumber: PenMerah dot com.