Loading...
TR

Berang kena tinggalkan, lelaki ini bunuh bekas isterinya yang sarat mengandung menggunakan busur


Seorang wanita yang sarat mengandung maut setelah dibunuh oleh bekas suaminya dengan menggunakan busur silang. 

Bermotifkan dendam kerana ditinggalkan isterinya untuk lelaki lain, Ramanodge Unmathallegado, 51, telah membuat perancangan selama setahun sebelum akhirnya menembak dan membunuh bekas isterinya itu.

Doktor tidak dapat menyelamatkan nyawa Devi, 35, namun bayi dalam kandungannya dapat diselamatkan menerusi pembedahan kecemasan.

Unmathallegado dilaporkan berang kerana Devi mahu melarikan diri daripadanya, malah turut merancang membunuh pasangan baru Devi, Imtiaz Muhammad.

Memetik laporan The Metro, Unmathallegado bersembunyi di dalam bangsal di kediaman pasangan berkenaan pada pagi kejadian, dengan berbekalkan senjata termasuk busur silang, anak panah, tukul, pisau dan gunting.

Mahkamah diberitahu, dia mengambil masa beberapa bulan mengumpul senjata serta melakukan pemerhatian di kediaman pasangan itu sebelum melaksanakan perancangannya pada November tahun lalu.

Bagaimanapun, kebetulan pada pagi itu Imtiaz masuk ke bangsal berkenaan seterusnya mengganggu perancangan Unmathallegado.

Tertuduh mengejar Imtiaz ke dalam rumah dan melepaskan busarnya selepas melihat bekas isterinya di situ. Wanita itu cedera parah ketika cuba melarikan diri ke aras atas rumahnya sebelum Unmathallegado berjaya dihalang dan senjatanya dirampas. Unmathallegado kini dibicarakan kerana menafikan semua tuduhan terhadapnya.

Sumber: Metro UK

About Cite Malaya

Powered by Blogger.