Loading...
TR

Remaja mati akibat tercekik 3 biji Tapioca Pearls


CHINA - Seorang remaja perempuan terdahulu membeli secawan minuman boba tea dengan abangnya pada 30 Jun lalu ketika dalam perjalanan ke rumah rakan mereka. 

Apabila dua beradik itu tiba di lokasi, mangsa secara tiba-tiba mengalami masalah sukar bernafas dan tangannya mula berubah menjadi kehitaman kerana kekurangan oksigen sebelum tidak sedarkan diri. 

Mangsa dibawa ke hospital dan doktor melakukan bantuan pernafasan (CPR) agar dia dapat bernafas kembali. Malangnya, mangsa dilaporkan meninggal dunia. 

Hasil bedah siasat mendapati, mangsa meninggal dunia akibat tercekik bebola kayu ubi (tapioca pearls). Sebanyak tiga biji 'pearls' tersangkut di bahagian trakea mangsa yang menyebabkan saluran pernafasannya tersumbat lalu menyebabkan mangsa tercekik. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.