Sudah tiga bulan berlalu, pelakon Datuk Fizz Fairuz masih menunggu pengendali akaun Instagram Makcik Puaka untuk tampil memohon maaf kepadanya setelah didakwa memfitnah Fizz kononnya terbabit dalam kes tangkap khalwat di Pulau Perhentian.
Menurut Fizz, dia masih bersikap terbuka untuk memaafkan pemilik akaun tersebut walaupun cuba memfitnah dirinya.
"Memang dia ada memuat naik kenyataan maaf di Instastories, tetapi bukan secara peribadi kepada saya. Saya hanya mahu bersemuka dengan individu terbabit.
"Seboleh-bolehnya saya ingin menyelesaikan masalah ini secara damai dengan individu tersebut.
Meskipun sudah tiga bulan berlalu, Fizz memaklumkan kes itu masih dalam siasatan, bukannya senyap begitu sahaja.
"Sebenarnya saya sudah mengetahui beberapa butiran seperti alamat kediaman pengendali IG terbabit. Apa yang boleh dikongsikan setakat ini adalah kami tahu dia seorang lelaki.
Sumber: Astro Gempak