Loading...
TR

Ibu hamil hilang, rupanya dijerut sampai mati, perut ditoreh untuk keluarkan bayi


Seorang remaja perempuan hamil berusia 19 tahun telah diumpan ke sebuah rumah di Southwest Side, sebelum dibunuh dan bayi dalam kandungannya dikeluarkan secara paksaan dari rahimnya. 

Pihak polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam tong sampah di belakang sebuah rumah di 4100 block of West 77th Place, pada malam Rabu, adalah Marlen Ochoa-Uriostegui, yang dilaporkan hilang tiga minggu lalu sejak 24 April. 

Siasatan mendapati, mangsa telah dijerut dengan wayar kabel dan bayi dalam kandungannya telah dikeluarkan dengan cara perutnya dipotong.

Menurut ahli keluarga Marlen, sebelum Marlen dilaporkan hilang, dia telah pergi ke lokasi mayatnya ditemui, untuk mengambil barang yang ditawarkan secara percuma oleh seorang wanita hamil, Clarisa Figueroa, yang dikenalinya di Facebook group Help Sister Out. 


Sebelum itu, Marlen menulis teks tersebut dalam group berkenaan:

"Hello ladies, I'm due May 10 and I still need a ton of things for my son. Due to the fact that I'm in school and can't work at the moment. I can't afford to buy the rest of the things since I'm short on cash right now," tulis Marlen pada 5 Mac. 


Status itu kemudian mendapat respon dari Clarisa dan berkata dia mahu memberikan beberapa barangan bayi kepada Marlen termasuk baju berjenama secara percuma.


Bagaimanapun selepas pergi ke tempat itu, Marlen tidak muncul untuk menjemput anak lelakinya berusia tiga tahun dari pusat jagaan kanak-kanak pada hari dia dilaporkan hilang.

Kebetulan pula, ada seorang bayi yang beralamat di 4100 block of West 77th Place telah dibawa ke Pusat Perubatan Advocate Christ kerana mengalami kecederaan di otak dan keadaannya kritikal, selepas bersalin, demikian menurut ibunya.

Curiga dengan keadaan itu, pihak berkuasa mengarahkan doktor menjalankan ujian DNA dan keputusannya menunjukkan bahawa bayi tersebut adalah bayi kepada Marlen. 

Susulan itu, polis menahan Clarisa bersama suami dan anak perempuannya untuk siasatan lanjut. 


Suami mangsa, Giovanni Lopez, orang pertama yang tiba di pejabat pemeriksa perubatan pada malam Rabu tidak dapat menahan kesedihannya. Dia memberi nama Yavani Yadiel Lopez kepada anaknya itu yang kini bergantung kepada mesin bantuan hayat di hospital. 

Giovanni dan keluarganya tidak merancang untuk menghentikan mesin tersebut dan berharap Yadiel dapat terus hidup kerana itulah satu-satunya peninggalan terakhir dari Marlen. 

"Kami akan tuntut keadilan untuk Marlen. Kami takkan lepaskan mereka. Mereka tidak tahu betapa sakitnya keluarga kami diperlukan seperti ini," kata Giovanni. 


Sementara itu, Clarisa Figueroa, 46, dan anaknya Desiree Figueroa, 24, didakwa telah membunuh Marlen dan mengeluarkan bayi dalam kandungannya secara paksa sehingga menyebabkan Yadiel berada dalam keadaan kritikal. 

Suami suspek utama, Piotr Bobak, 40, pula didakwa bersubahat dalam membantu dua suspek utama. 

Dalam keterangan kepada polis, Clarisa berkata dia telah menghubungi talian 911 pada 23 April dan memaklumkan dia baru sahaja bersalin tetapi bayinya tidak bernafas. Clarisa juga meminta pihak ambulans datang ke tempatnya untuk membawa dia ke hospital. 

Di hospital, Clarisa rakam gambar kononnya dia ibu kepada Yadiel
Difahamkan, Clarisa sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki bernama Xavier, tetapi meninggal dunia pada 2017 (kematian semulajadi). 

Siasatan polis di tempat penemuan mayat juga menemui senjata yang digunakan oleh suspek untuk membunuh mangsa dalam tong sampah di belakang rumah. 


Pasangan itu juga sempat meminta sumbangan orang ramai melalui GoFundme sebanyak $9,000 kononnya jumlah dana yang diperlukan untuk menanggung kos perubatan 'anak mereka' yang lahir pra-matang pada 23 April, diberi nama Xander Xavier.


Siasatan juga mendapati, ketiga-tiga suspek terlibat dalam kegiatan keji itu dengan menyasarkan golongan ibu mengandug di media sosial di mana Clarisa akan menyamar sebagai ibu hamil memperdayakan mangsa. 

Sumber: Fox 5, Daily Mail

About Cite Malaya

Powered by Blogger.