Bagaikan sudah mengetahui waktunya sudah tiba, namun tiada siapa yang menjangka. Anak sulung kepada pengasas Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, memuat naik screenshot mesej ibunya dua minggu sebelum kejadian yang tidak diingini itu berlaku.
Menurut Iqbal Hakim Jasman, 20, ibunya mengadu sudah dua hari berasa tidak sedap badan dan meminta dia membawanya ke hospital sekiranya berlaku apa-apa.
Bagaimanapun, Iqbal menegah ibunya berkata yang bukan-bukan.
"Esok Sabtu, hari kelahiran mami. Orang kata kita akan mati hari kelahiran kita. Badan ni tak sedap rasa dua hari dah.
"Penat, kembung perut malam ni. Berasa nak muntah. Tak sedap rasa. Kalau terjadi apa-apa, nanti bawa pergi ke hospital," kata ibunya.
Iqbal membalas mesej itu, jika ibunya sudah tiada, siapa yang akan menjaga mereka lapan beradik.
Apa yang diperkatakan oleh pengasas Dnars itu akhirnya benar-benar berlaku apabila kereta yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan menghantar sumbangan kepada sebuah pondok tahfiz di Yala, Thailand.
Sumber: Iqbal Hakim Jasman