Loading...
TR

Majikan dera pembantu rumah sampai mati, digugurkan kes


Pendakwaraya semalam membuat keputusan untuk menggugurkan kes bunuh terhadap majikan yang didakwa telah mendera pembantu rumah warga Indonesia sehingga mati.

Adelina Jerima Sau, 21, meninggal dunia selepas mengalami kegagalan pelbagai organ kerana didera oleh majikannya, Ambika MA Shan, 61, di sebuah rumah di Bukit Mertajam, tahun lalu. 

Ambika terlepas dari hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada tuduhan membunuh setelah timbalan pendakwaraya meminta dia dilepaskan tanpa dibebaskan. 

Bagaimanapun, kumpulan hak asasi wanita, TENAGANITA, terkejut dengan keputusan mahkamah itu dan menuntut penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara mengapa perkara itu berlaku sedangkan terdapat bukti jelas.

"Beliau seorang wanita yang dipaksa bekerja selama dua tahun tanpa gaji. Tubuh awanita itu dizalimi, kematiannya bermakna sesuatu. 

"Mengapa mahkamah kita menghampakannya? Mengapa kerajaan menghampakannya? Mana keadilan untuk Adelina? Kata Pengarah Eksekutif Tenaganita, Glorene A Das. 

Dalam kejadian tahun lalu, Adelina ditemui dalam keadaan tangan dan kaki bernanah tidak boleh berjalan, selain mengalami luka-luka di badan akibat didera oleh majikannya. 

Majikannya hanya membawa mangsa ke Hospital Bukit Mertajam selepas digesa oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Stesen Sim. Malangnya mangsa meninggal dunia selepas semalaman di hospital. 

Pengguguran kes itu juga mengejutkan Sim dan beliau terus menghubungi Peguam Negara, Tommy Thomas untuk meminta penjelasan.

"Peguam negara berkata, beliau akan menyiasat sendiri perkara itu untuk melihat langkah seterusnya yang boleh diambil. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.