Loading...
TR

'Ingatkan perut ikan, rupanya mayat bayi baru lahir' - Saksi


Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan masih bertali pusat ditemui di tepi Jalan Rejang 1, Setapak, Kuala Lumpur, petang tadi. 

Mayat mangsa yang dibungkus dengan kain itu ditemui oleh seorang wanita berusia 40-an yang mengutip sisa buangan barang berdekatan kontena sampah di lokasi itu pada jam 3:00 petang. 

Saksi yang dikenali sebagai Indra berkata, dia ternampak bungkusan itu pada awal pagi tadi tetapi tidak mengendahkan kerana menyangka bungkusan itu adalah sampah atau sisa perut ikan. 

Namun, datang seorang jirannya dari belakang rumahnya untuk mengutip bahan buangan sebelum ternampak mayat mangsa yang masih bertali pusat dan mempunyai uri. 

"Saya sedih melihat keadaannya yang diperlakukan sebegitu. Perbuatan ini sangat kejam," katanya. 


Sementara itu, Ketua PoliS Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, bayi cukup sifat itu ditemui dibungkus dengan kain langsir. 

"Mayat dibawa ke forensik Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya. 

Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.