Loading...
TR

'Teringin bang, takut tak sempat ada iPhone sebelum kiamat'


Rakaman skrin perbualan di antara penjual iPhone 6S dengan seorang pelajar lelaki yang begitu terdesak mahu memiliki iPhone, mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Terdahulu, pemilik iPhone 6S 64GB berkenaan mahu menjual telefonnya dengan harga RM860 yang kemudian menerima mesej dari remaja terbabit. 

Pelajar Tingkatan 3 itu berkata, dia sudah lama mencari iPhone dan mahu memilikinya sebelum hari kiamat. 

Pada awalnya, dia cuba meminta telefon itu diberikan kepadanya secara percuma. Tetapi ditolak oleh pemiliknya yang mula hairan dengan tindakannya itu. 

"15 tahun bang, PT3 tahun ni. Teringin (nak iPhone) sebelum PT3 bang. 

"Dunia pun nak kiamat, takut tak sempat ada iPhone," katanya. 




Sementara itu, netizen menyelar tindakan remaja terbabit yang ternyata membuang masa orang lain dan tidak mengukur baju di badan sendiri. 







Sumber: Aman. J

About Cite Malaya

Powered by Blogger.