Bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, sebaik-baiknya rancanglah majlis perkahwinan anda berdasarkan kemampuan sendiri tanpa membuat pinjaman wang dari pihak bank. Dahulukan yang wajib, jangan terikut trend yang kelak akan memakan diri di kemudian hari.
Perkongsian Puan Sazwani mengenai Majlis Akad Nikahnya yang ringkas patut dicontohi oleh pasangan lain. Meskipun sukar hendak memujuk keluarga mengadakan majlis yang ringkas, berusahalah sehingga mereka bersetuju.
Apa yang penting, selepas nikah anda dan pasangan masih boleh survive dari menanggung hutang yang banyak.
MAJLIS Akad Nikah aku simple je. Simple sampai terus jamuan makan the right after nikah. Maknanya, tak ada walimah/kenduri lain. Itupun jemputan cuma boleh dalam 200 orang sahaja.
Ada juga yang berkecil hati bila tak dapat jemputan, Tapi aku jelaskanlah hanya Majlis Akad Nikah.
Yang aku nak highlight, walaupun majlis ini simple, tetapi rasanya lebih tenang dan santai bila dibuat di masjid. Tak perlu DJ atau radio untuk memeriahkan suasana. Cukup ada makanan dan tetamu hadir dah cukup meriah dah. Masa inilah senang nak bersembang-sembang.
Aku tak setup pun meja untuk makan beradab ke apa. Yang aku setup satu meja yang ada dom untuk jurunikah makan dengan ayah aku, selepas nikah. Aku ajak suami aku pusing berkenalan dengan adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan rapat aku.
Walaupun majlis ini simple, aku langsung tak letak duit hantaran. Hanya mas kahwin sahaja. Tapi belanja keseluruhan majlis, suami aku yang keluarkan pun dah sampai RM8,620.70 dan kitorang berdua dah bekerja dan agak stabil. Jadi, bayangkanlah kalau pasangan muda berkahwin dan belum stabil.
Kenduri kedua-dua belah pihak lagi, wang hantaran lagi, jemputan sampai beribu lagi. Itu yang kos mencecah puluhan ribu dan akhirnya kedua-dua mempelai buat loan marriage.
Aku faham sebab susah nak pujuk keluarga untuk buat majlis simple. Aku yang kahwin kali kedua ini pun ramai yang tanya kenapa tak buat kenduri? Kenapa tak minta wang hantaran? Kenapa tak jemput ramai?
Tapi jawapan aku mudah saja, kahwin kali kedua biarlah bersederhana dan buat yang wajib sahaja. Kalau kahwin kali pertama, aku rasa lagi jenuh nak bagi alasan.
Ini aku lampirkan specific perbelanjaan kahwin yang suami aku buat. Dia jenis teliti, kiri satu persatu. Aku jenis main redah, tup-tup eh habis banyaknya duit. Total RM8,620.70 termasuk tempahan hias hantaran RM100.
Sumber: Puan Sazwani