Loading...
TR

Gagal siapkan kerja sekolah matematik, abang rembat adik dengan rotan


Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dari Alor Setar, Kedah, dipukul seh abangnya kerana gagal menyiapkan kerja sekolahnya, subjek matematik. 

Suspek berusia 30 tahun itu dilaporkan berang dengan mangsa yang menyiapkan kerja sekolahnya itu dan mula memukulnya dengan rotan. 

Akibatnya, mangsa mengalami kesan lebam dan birat di seluruh badan, muka, telinga, tangan, kaki dan belakang badan. 

Mangsa bernasib baik kerana ada individu yang prihatin menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian itu. 

Selepas menerima panggilan itu, polis segera bergegas ke lokasi pada jam 1 petang bagi menyelamatkan mangsa, sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Kota Setar dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dirawat. 


Sementara itu, suspek telah ditahan dan diarahkan menjalani ujian saringan air kencing. Namun keputusan mendapati suspek negatif dadah. 

Sehingga kini masih belum jelas mengapa suspek membelasah adiknya seteruk itu. 

Difahamkan, bapa dua beradik itu kini ditahan pihak berkuasa Thailand untuk beberapa kes, manakala ibu mereka telah meninggalkan mereka sudah sekian lama. 

Selain dua beradik itu, ada dua lagi adik beradik lelaki dan perempuan di mana mereka semua dijaga oleh abang sulung. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.