Loading...
TR

'Belum sempat ke Dewan Bedah, bacaan nadinya hilang.. CPR 30 minit dan akhirnya disahkan meninggal dunia'


Sudah menjadi 'kebiasaan' bagi petugas di hospital mendengar berita kematian pesakit. Ada pelbagai kisah, namun bukan semua yang dikongsikan kepada orang ramai kerana mungkin ada aib yang perlu dilindungi. 

Doktor Faiz Mashood, melalui Facebooknya berkongsi pengalamannya berdepan dengan pesakit yang telah pergi buat selama-lamanya. Sedih, insaf, taubat, menakutkan bagi itu semua perasaan yang dialami oleh netizen tatkala membaca pengalamannya itu. 

Bacalah dengan tenang, semoga perkongsian Dr Faiz mendatangkan keinsafan kepada kita semua.

KEMATIAN TAK KENAL UMUR 

Lama tak menulis life kat hospital. Tapi sebenarnya hampir setiap hari aku monolog dalaman berkaitan kematian ini. Tapi tak bercerita. Bukan apa, tak sempat nak bercerita. Kang cerita kat wife, muram je suasana rumah. Dalam rumah kena happy environment. Hahaha! 

Kat ED ini macam-macam jenis kematian ada.

1. 24 tahun, sampai-sampai nadi dah tak ada. Tak tahu apa sebabnya. Known case of asthma sahaja. Buat CPR 30 minit, nadinya masih tiada. Announce death. Thats it. Kalau aku ditakdirkan mati umur 24 tahun, aku tak tahu apa je jasa yang aku dah buat. I'm not judjing other's, just talking about myself. 

2. Baby berusia setahun, sawan sampai sejam tak berhenti-henti. Terpaksa intubate takut brain injury. Kalau lama sangat, otak kurang oksigen boleh jadi cacat/disturbed development. I don't know what happen then to this baby. I hope baby is well. 

3. Baby berusia lima bulan datang unconscious. Team paramedik dah start CPR 10 minit. History dari babysitter, baby tersedak susu. CPR 30 minit, no sign of life, announced death. Anak sulung, parents menangis teresak-esak. 

4. Pakcik datang nadi 28 saja, Sikit lagi nadi nak kosong. Nadi kosong means no heart beat. Normal range 60-100. Bagi treatment, tiba-tiba nadi hilang. Pakcik unconscious. Start CPR. 10 saat CPR, tiba-tiba terkejut, nadi datang balik. Hebat Allah. Jantung dah stop beating pun. Dia boleh datangkan balik dalam 10 saat saja. 

5. Pakcik berusia 60 tahun unconscious. CPR ongoing. Cubaan untuk intubate tiga kali gagal. Langsung tak nampak ruang untuk masukkan ETT (endotracheal tube). Baru perasan kesan jerut di leher. Rupanya pakcik jerut leher untuk bunuh diri. 

6. Remaja 16 tahun. Kawan bonceng motosikal, adik terjatuh ke belakang dan kepala terhantuk jalan, kepala pula tak pakai helmet. Datang ke ED pupils dilated 4mm. Tanda dah ada brain injury yang agak serius. CT brain memang ada intracranial bleed. Agak besar. Cerebral edema, otak nampak bengkak. 

Transfer ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk pembedahan otak emergency. Belum sempat ke OT, adik pulseless (tiada bacaan nadi) di ED HSB. CPR 30 minit. Asystole. Announced death. 

Kita ini muda-muda terlalu nak enjoy, konon hidup masih bujang. Padahal berapa ramai mati muda tanpa sebab. Dah mati it's either dua je tempat kita. Selepas itu, 24 jam kita sibuk dengan kerja la, cari duit la, family la, entertainment etc. 

Jadi, cuba manfaatkan 24 jam itu dengan perkara yang baik. Solat jangan tinggal, aurat jaga, maafkan semua orang, jangan panjang-panjangkan gaduh, buang ego. Benda ini semua tiada gunanya. Menyusahkan kehidupan kita selepas mati. 

Kalau 24 jam sibuk kerja, niatkan kerja kita itu lillahitaala nak tolong orang, nak tolong keluarga atau apa-apa niat yang baik. Berapa ramai pergi balik kerja tanpa apa-apa niat, so kerja hanya datangkan gaji, tak datangkan pahala. Gaji habis kejap saja, pahala itu saja yang kita boleh buat bekalan.

Saya doakan semua berjaya dunia dan akhirat. 

Doctor | Unit Trust Consultant | ASBF Referral

About Cite Malaya

Powered by Blogger.