Loading...
TR

(Video) Campak anak anjing sampai mati sebab owner kedai tak nak bagi refund


Seorang wanita di Korea Selatan menyesal dengan tindakannya selepas mencampak seekor anak anjing sehingga menyebabkan haiwan itu mati kerana gagal mengawal kemarahannya terhadap pemilik kedai haiwan. 

Lapor Nextshark, wanita itu membeli seekor anak anjing berusia tiga bulan baka Maltese dari sebuah kedai haiwan di Gangneung, Gangwon. 

Apabila dia mendapati anjing itu memakan najisnya sendiri, wanita itu menyangka kedai itu telah menjual anjing yang tidak sihat kepadanya. 


Dia kemudian menghubungi pihak kedai haiwan itu dan menuntut pampasan tetapi pemilik kedai enggan menuruti kemahuannya selain kesal dengan wanita terbabit yang menuduh dia menipu. 

Tujuh jam kemudian, wanita itu datang ke kedai bersama dengan suaminya untuk menuntut wangnya dikembalikan. 

Pemilik kedai haiwan itu tetap menegaskan dia enggan memulangkan wang pelanggan terbabit kerana isu yang berkaitan dengan makanan adalah tidak tertakluk pada syarat dalam tempoh 10 hari waranti. 

Berang kemahuannya tidak dituruti, wanita terbabit mengeluarkan anjing itu dan mencampaknya ke lantai. 



Pada keesokan harinya, anjing kecil itu mati akibat kecederaan serius pada otaknya. 

Pemilik kedai haiwan itu kemudian menghubungi wanita terbabit dan mahu memfailkan saman terhadapnya. Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu juga turut disebarkan di media sosial. 

Mengetahui perkara itu, wanita berkenaan tampil memberi penjelasan. 

"Pemilik kedai itu kata dia akan kembalikan duit saya tetapi dia enggan berbuat demikian kerana dia kesal terhadap saya (tuduh pemilik menipunya). 

"Jadi, saya campak anjing itu ke lantai kerana terlalu bengang dengannya. Saya tak tahu ia boleh menyebabkan haiwan itu mati. 


"Keesokan hari bila saya dah bertenang, saya hantar mesej dan memohon maaf kepada pemilik kedai itu. Saya terkejut apabila dimaklumkan bahawa anak anjing itu telah mati. 

"Saya minta maaf sangat-sangat pada anak anjing itu dan menyesal dengan tindakan saya.

"Saya tak fikir saya dapat maafkan diri saya. Saya mengakui telah melakukan tindakan yang tidak wajar. Saya tak nak buat begini lagi yang boleh menjejaskan masa depan saya. 

"Saya akan jadi sukarelawan di pusat perlindungan anjing," katanya. 

Walau bagaimanapun, pemilik kedai haiwan itu tetap akan melaporkan kejadian itu dan memfailkan tindakan undang-undang terhadap wanita terbabit. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.