Baru-baru ini bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak turun ke pasar raya Tesco dan kehadirannya disambut oleh orang ramai yang mengambil kesempatan untuk merakam gambar kenangan bersama dengannya.
Di Twitter, Najib memuat naik tweet yang mengesahkan bahawa dia berbelanja sebanyak RM50 tetapi tidak penuh troli dan bertanya kepada netizen apa yang mereka patut lakukan kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
"Guys, saya boleh confirm. RM50 troli tak penuh. So macam mana? Apa kita nak buat dengan PH?" tulisnya.
Guys, saya boleh confirm.— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) February 14, 2019
RM50 troli tak penuh.
So, macam mana? Apa kita nak buat dengan PH? pic.twitter.com/Cm16woMnHe
Netizen bagaimanapun membalas tweet Najib itu dengan sindiran dan mendakwa bekas perdana menteri itu seolah-olah lupa bahawa di zaman pemerintahannya juga, rakyat tidak dapat memenuhkan troli pasar raya biarpun berbelanja RM50.
nak penuh cam ni kot bru puas hati pic.twitter.com/bh0269yYMG— Aiman Aizuddin (@AiMMaan) February 14, 2019
Hang beli quinoa memang la mahal, tak penuh troli.— Sultan Melaka (@SultanMelaka) February 14, 2019
Tapi masa dulu hang ada RM2.6 bilion mesti la penuh troli. Kah kah kah
Sakai tak pernah beli barang rumah mmg la— Malazi (@siyasifilozof_) February 14, 2019
Dari zaman kau dulu RM50 troli tak penuh lahai— lufkin (@luf_kin) February 14, 2019
Ada segelintir netizen tampil mempertahankan Najib dan menegaskan bekas presiden UMNO itu tidak pernah berjanji kalau bayar RM50 boleh penuh troli.
Btul...sbb tu Najib x pernah ckp and x pernah berjanji pun kalau bayar rm50 penuh troli...yg ckp mcm tu pemimpin PH yg kononnya kalau diorang implement SST harga boleh trun— SYAFIQ HASHIM (@PiqShim) February 14, 2019
Wowwwww pic.twitter.com/b4pU4OsqkY— lufkin (@luf_kin) February 14, 2019
Terima kasih terima kasih hahaha— SYAFIQ HASHIM (@PiqShim) February 14, 2019
Namun, netizen lain mengingatkannya kembali bahawa di era pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) juga pernah mengeluarkan kenyataan berani mati bahawa perlaksanaan cukai GST tidak akan menyebabkan harga barang naik. Tetapi setelah GST dilaksanakan, lebih ramai yang merungut mengenai harga barang naik secara mendadak.
Tak aku nak ingatkan kau je kau lupa ke apa ahmad maslan kata zaman BN dulu? Sama gak janji barang murah.. last2 haramjadah— lufkin (@luf_kin) February 14, 2019
Sumber: Twitter Najib Razak