Loading...
TR

'Setiap hari adik ini akan lekat paip dan beg air kencing di badannya' - Hidap sakit buah pinggang sejak lahir


Sedih melihat kanak-kanak perempuan ini yang terpaksa menanggung derita penyakit buah pinggang sejak dari lahir lagi. Tidak diketahui di mana ibu bapanya tetapi menurut neneknya, dia akan menghantar cucunya ke hospital dua minggu sekali.

Jika anda berkemampuan, sudikanlah menghulurkan bantuan buat anak ini. Sedikit pun jadilah atau jika tidak berkemampuan, kongsikan perihal mengenai adik ini agar ada insan yang baik hatinya tampil bersama membantu anak ini.

ASSALAMUALAIKUM. Sebelumnya saya ingin meminta maaf kepada anda semua dan minta tolong luangkan masa sekejap untuk adik ini. 

Malam tadi saya terjumpa dengan adik ini di pasar malam Bandar Baru Ampang. First saya tengok, saya ingat adik ini selesema biasa sahaja dan saya agak meragui andaian saya. Jadi, saya pun rasa tak berpuas hati, lalu saya mengekori adik ini dari belakang. Rupanya adik ini sedang ikut nenek dia berniaga lemang di sini. 

Saya pun pergilah berjumpa dengan nenek adik ini dan bertanya kenapa dengan adik ini. Rupa-rupanya nenek dia beritahu adik ini ada sakit buah pinggang sejak dari lahir. Ya Allah, sebak hati saya apabila mendengar sakit yang adik ini tanggung. 

Setiap hari adik ini akan melekat paip dan beg air kencing ini di badan dia. Ya Allah, dari baby sampai sekarang berusia 4 tahun, adik Daniel ini tak ada apa perubahan lagi. Nenek dia kata, dua minggu sekali dia akan bawa Daniel pergi ke hospital. 


Ya Allah. Cuba korang bayangkan, budak kecil umur 4 tahun dah menderita sakit buah pinggang. Korang dapat bayangkan tak?

Tapi Alhamdulillah, Allah masih beri kekuatan kepada adik ini. Adik ini aktif je malam tadi saya tengok. Dia tak ada pun nak tunjukkan yang dia sakit. 

Dan kepada anda semua, yang ingin menyalurkan bantuan kepada adik Daniel ini boleh langsung datang ke pasar malam Bandar Baru Amapang ataupun PM saya. Dan kepada pihak-pihak tertentu, tolonglah tampil untuk meringankan beban keluarga adik Daniel ini. 



Niat saya kongsi cerita ini di Facebook bukan bertujuan mengaibkan mana-mana pihak. Cuma malam tadi saya ada bertanya kepada nenek adik ini, ada tak adik Daniel menerima bantuan? Dia kata tak ad dan saya pun bertanya bagaimana jika saya usahakan bantuan untuk adik Daniel, boleh tak dia terima. Nenek itu kata, "Alhamdulillah dik kalau ada". Sedih mendengar jawapannya. 

Saya berharap adal pihak/individu yang tampil menghulurkan sedikit bantuan buat adik Daniel. Nenek dia ini, bila malam Jumaat berniaga lemang di pasar malam Bandar Baru Ampang. Dia seorang saja yang berniaga lemang di sini. 





Kepada sesiapa saja yang ingin menghulurkan bantuan, boleh saja terus datang ke pasar malam Bandar Baru Ampang pada hari Khamis, malam Jumaat ataupun boleh PM saya. Saya boleh tolong hantarkan untuk berjumpa dengan adik ini. 

Jom kita bersama-sama meringankan beban adik Daniel ini. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang lain pula tolong kita. Kalau kita mempermudahkan masalah orang, inshaAllah Allah akan mempermudhakan masalah kita juga. Aamiin, aamiin allahumma aamiin. 

Sumber: Mohd Khairol

About Cite Malaya

Powered by Blogger.