Loading...
TR

Isteri tikam suami 35 kali kerana kritik masakannya kurang garam


Seorang wanita didakwa membunuh suaminya dengan menikam mangsa sebanyak 35 kali hanya kerana masakannya dikritik. 

Slava Davydkin, 43, dibunuh selepas mengadu hidangan yang dihidang oleh isterinya tidak cukup garam, ketika tetamu datang berkunjung ke rumah mereka di Penza, Rusia. 

Isterinya, Evgenia, 31, menunggu sehingga mangsa tidur dan menikamnya bertubi-tubi sambil disaksikan oleh anak perempuan mereka yang berusia empat tahun. 

Suspek kemudian mengejutkan tetamu lelaki dan memintanya menghubungi ambulans sebelum paramedik tiba di lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dinia. 

Evgenia mengaku melakukan pembunuhan itu dengan menggunakan pisau dapur dan ditangkap polis di kediamannya. 

Lapor Daily Mail, bukan kali pertama pasangan itu bergaduh. 


Sementara itu, penduduk di kawasan kediaman itu pula mempersoalkan tindakan pihak berkuasa membenarkan suspek terus tinggal di rumah itu di bawah kawalan polis, selain dibenarkan menjaga anak perempuannya. 

Difahamkan, mangsa sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 19 tahun dengan bekas isterinya itu. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.