Loading...
TR

'Ya Allah, RM800+ itu jumlah yang banyak' - Data kad debit dicuri ketika buat tempahan hotel melalui apps booking


Pengguna seringkali diingatkan agar sentiasa berhati-hati apabila mengisi maklumat peribadi termasuk maklumat pembankan di mana-mana laman web bagi mencegah kecurian data yang membawa kepada kecurian wang. 

Meskipun sudah banyak peringatan dan contoh kes dikongsikan di media sosial, penjenayah sentiasa licik dan menggunakan pelbagai cara untuk mencari mangsa mereka termasuk menyalahgunakan kedudukan mereka dalam sesebuah syarikat untuk mendapatkan keuntungan segera. 

Terbaru, seorang pengguna mengalami kerugian RM800+ kerana maklumat kad banknya telah disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 

UNTUK peringatan bersama. Berhati-hati apabila menggunakan booking.com atau apa-apa aplikasi online. 

Semalam saya menggunakan aplikasi booking.com ini untuk menempah bilik hotel. Semasa saya mengisi borang untuk tempahan itu, ada tertera bayaran dibuat semasa pendaftaran masuk di hotel. Jadi, dia meminta nombor kad debit atau kad kredit untuk pengesahan tempahan. 

Saya pun isi seperti biasa sebab sudah beberapa kali juga menggunakan booking.com ini. Tiada apa-apa masalah yang timbul sebelum ini. Tempahan berjaya dibuat pada jam 9.40 malam. 



Kemudian, saya menerima SMS pada jam 11.29 malam dari Maybank yang memaklumkan saya ada membuat pembelian menggunakan kad Maybank saya sebanyak dua kali. 

Pembelian pertama bernilai US$80 dan pembelian yang kedua EURO 105.50 tanpa menerima apa-apa SMS seperti TAC number atau MSOS code sebelum itu. Saya hanya menerima SMS yang menyatakan bahawa transaksi itu telah berjaya. 

Saya segera menghubungi pusat perkhidmatan Maybank untuk membuat aduan dan meminta mereka membatalkan kad debit saya. 



Ya Allah. RM800+ itu jumlah yang banyak, sama jumlah dengan yuran sekolah abang Khalish selama empat bulan. Waaaaaa! 

Pihak Maybank memaklumkan mereka mengambil masa kira-kira 60 hari untuk membuat siasatan. Tetapi mereka tidak memberi jaminanan bahawa duit itu dapat semula atau tidak. Huhu. 

Duit RM800+ bukan dipotong oleh pihak booking.com, sebaliknya dari store di luar negara. Maklumat pembayaran saya di booking.com sudah tidak selamat. 

Jadi, sama-samalah kita berhati-hati setiap kali membuat apa-apa pembayaran atau transaksi secara online. 

Sebelum ini selalu juga menggunakan aplikasi ini untuk membuat tempahan hotel. Tetapi tidak pernah menghadapi apa-apa masalah. Sudah ditakdirkan saya menerima ujian ini. Saya hanya mampu berdoa agar duit itu berjaya didapatkan semula. 

Saya sudah buat aduan pada pihak Maybank via call pada malam kejadian dan sudah pergi ke Maybank pada keesokan harinya. Saya juga telah menghantar emel kepada pihak booking.com dan membuat aduan secara panggilan telefon. Agak susah juga nak menembusi panggilan ke operatornya. 

Mereka berkata, dalam masa seminggu ini mereka banyak menerima aduan yang sama di mana pelanggan menempah hotel menggunakan kad debit, kemudian duit dalam bank dipotong oleh website-website lain. Amaun juga sama, US$80 dan EUR105.50. 

Saya nasihatkan buat masa ini, jangan guna aplikasi atau web itu untuk keselamatan bersama. 

Alhamdulillah. Dapat emel dari pihak booking.com tadi. Walaupun belum dapat balik duit, tapi sekurang-kurangnya dapat maklum balas dari pihak mereka. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki kami. 


About Cite Malaya

Powered by Blogger.