Loading...
TR

'Terkilan sampai bila-bila' - Pengantin bersanding sambil menangis, pihak katerer buat hal


"Tidak boleh diharap," itulah ayat yang sesuai untuk menggambarkan sikap pihak katerer yang tidak bertanggungjawab sehingga menjejaskan majlis raja sehari pasangan pengantin baru ini. 

Izat Ezattte Musa berkata, dia bukan mahu menyebarkan perkara yang tidak baik tetapi terkilan dengan sikap pihak katerer yang didakwa hanya pandai menaburkan janji, namun pada hari majlis, segalanya terjejas sehingga keluarga pengantin yang terpaksa berhempas pulas menyediakan makanan untuk para tetamu.

"Tujuan saya post bukan untuk viralkan yang tidak baik. Tetapi untuk peringatan saya sebab saya masih bersedih. Ramai kawan-kawan tanya dan mesej saya. Saya tak boleh nak respon mesej semua orang. Mohon anda semua fahami situasi saya. 

"Biar gambar berbicara, di mana saya bersanding menjadi raja sehari melihat ahli keluarga besar saya termasuk keluarga mertua saya yang pada asalnya, niat untuk jadikan mereka tetamu kehormat. Tetapi mereka terpaksa berhempas pulas untuk majlis saya, cedok lauk dan sebagainya. 

"Sesetengah kawan-kawan yang datang ke majlis, datang tolong family, beli barang tak cukup menggunakan duit diorang sendiri. How can I say, terkilan sampai bila-bila. Terima kasih korang, Izat akan ingat jasa korang sampai bila-bila," tulisnya di Facebook semalam. 

Menurut Izat, pihak katerer tiba lewat di majlis itu. Ramai tetamu yang hadir menunggu makanan dan ada tetamu yang balik dengan perut kosong. 

Malu dengan insiden itu, Izat terpaksa memohon maaf di atas kekurangan itu dan redha dengan ujian yang menimpa mereka pada hari tersebut. 

Dalam masa yang sama, beliau bersyukur kerana keluarganya dan juga keluarga mertua sanggup membantu melancarkan majlis perkahwinan mereka. 

"Pernah tengok periuk lauk naik atas meja? Majlis saya terpaksa buat macam itu sebab pihak katerer tak bagi apa yang telah dijanjikan termasuk tray dan pramusaji. 

"Pihak berkenaan datang lewat, jam 1.00 petang, tatkala tetamu datang berpusu-pusu menunggu makanan. Ada yang datang dari jauh, kemudian balik dengan perut kosong. 

"Saya bagi pihak keluarga saya, memohon maaf atas kekhilafan dan kekurangan. Allah nak menguji saya di hari bahagia saya. Untuk jadikan pengajaran kepada semua. 

"Biar Allah tentukan semuanya. Saya pasrah dan redha. Saya bersyukur sebab family bonding saya kuat, semua buat kerja tanpa fikir masalah pada hari tersebut. 

"Ya Allah, peliharalah keluargaku. Semoga berada dalam keadaan yang baik-baik, dilindungi Allah SWT. 

"Pada yang bertanya pihak katerer yang mana, biarlah saya sahaja yang mengetahuinya. Biarlah saya selesaikan dengan cara baik. InsyaAllah akan ada yang baik-baik menanti," tulisnya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.