Loading...
TR

'Kat sekolah ada orang pegang bawah ini tak? Kawan lelaki?' - Anak kecil itu mengangguk, wajah ibunya dah pucat lesi...


Ibu bapa selalu dinasihatkan untuk memantau segala aktiviti anak-anak agar tidak terjebak dengan perkara yang tidak diingini. Selain itu, di rumah, ibu bapa juga perlu berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerana anak-anak yang berada di usia kecil juga mampu meniru perbuatan ibu bapanya. 

Dalam perkongsian Doktor Hana, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kesukaran untuk membuang air kecil sehingga terpaksa dibawa ke klinik untuk mengenal pasti punca kepada masalah itu. 

Sebaik diselidik, wajah ibunya terus pucat dan bapanya juga terkesima mendengar pengakuan si anak. Mereka tidak menyangka perkara seperti itu boleh berlaku di tadika. 

HARI itu, luar biasa ramainya pesakit di klinik. Masa menunggu dah hampir sama seperti di klinik kerajaan. Cecah 3-4 jam. Menjelang waktu maghrib, ada sepasang suami isteri bawa anak perempuan mereka masuk. Ibu ini dah biasa datang, boleh dikatakan regular customer. Dia baru bersalin anak ketiga. Sebelum ini check up mengandung pun di klinik kami dan kali ini dia bawa anak kedua. 

Kak Hana greet dia dan memohon maaf terlebih dahulu, "Minta maaf ya puan, tunggu lama. Patient ramai sikit hari ini." 

"Takpe doktor, bukan senang kami nak jumpa doktor," jawab si ibu. 

Yelah, Kak Hana pun lokum bukannya selalu. 

"Okay ibu, ada sesiapa yang tidak sihat ke?" 

Ibu ini pun jawab, "Ni doktor, dari balik sekolah tadi, tak mahu kencing," sambil tangannya menarik si anak perempuan menghampiri doktor. 

"Umur berapa ni?" 

"Masuk tiga tahun tiga bulan, doktor"

"Oh, tiga tahun dah sekolah ye?" 

"Dialah yang paling kecil di tadika itu, doktor. Dia seorang saja berusia tiga tahun."

Kak Hana pun cuba bersembang dengan anak kecil ini. 

"Ada rasa nak kencing tak sekarang?" 

Dia diam.

"Kalau kencing, sakit dak?" 

Dia diam lagi. 

"Ada sakit perut? Sini sakit dak?" sambil pegang perut dia.

Sayangnya si anak ini masih membisu tanpa respon. 

Dia memang macam ni doktor.  Kalau dengan orang tak kenal, payah nak bercakap. Di rumah boleh pula bercakap tak berhenti-henti." jelas si ibu. 

Okay, tak apa. Actually I need to get this child to pee. Nak check sama ada kencing kotor sebab kanak-kanak perempuan lebih mudah terkena jangkitan pada saluran kencing berbanding kanak-kanak lelaki. 

"Jom kita baring dulu, check perut sakit." 

Perutnya memang kembung, pundi kencingnya cekang. Bila diimbas, tudiaaa! Air kencing penuh. Tapi maknya kata dari siang balik sekolah dia takut nak kencing. PEngalaman lampau mengajar Kak Hana untuk lebih detail korek history. 

Jadi, semasa si anak ini tengah baring di katil pemeriksaan, Kak Hana pun tanya soalan cepumas.

"Kat sekolah, ada orang pegang bawah ini tak?" sambil merujuk pada private part dia. 

Tiba-tiba anak kecil yang diam membatu dari tadi, mengangguk perlahan. 

"Siapa pegang?" 

Soalan itu tidak dijawab.

"Cikgu?" 

Dia menggeleng kepala.

"Kawan?" 

Dia mengangguk.

"Kawan perempuan?" 

Geleng. 

"Kawan lelaki?" 

Angguk.

Kak Hana tengok ibunya yang bertudung labuh pucat lesi dan wajahnya berubah. Ayahnya yang berkopiah turut sama terkesima.
"Siapa yang pegang adik?" menggeletar suara si ibu. 

Pastinya hancur harapan ibu bapa ini. Hantar anak ke tadika Islam seawal usia tiga tahun, tinggi harapan mereka nak mendidik anak perempuan kecil ini dengan nilai-nilai islami di awal usia. Tetapi lain pula yang berlaku. Astaghfirullah, nauzhubillah. 

Ini bukanlah kes pertama, bukan juga kes kedua. Tetapi sudah banyak kali Kak Hana jumpa. Ada yang pelakunya sekolah rendah, ada yang sekolah menengah dan kali ini pelakunya kanak-kanak tadika. 

Sebelum ini Kak Hana pernah berkongsi juga mengenai kisah kanak-kanak berusia 6 tahun dicabul oleh jiran pengasuh. Kali ini kes sama berlaku di tadika, di tempat yang sepatutnya protected. But it seems that no place on earth is safe anymore. 

Macam mana kesi ni boleh berlaku? Macam mana budak mentah 4-6 tahun boleh pandai mencabul? Antara puncanya, Proses Grooming. Mana datangnya grooming untuk budak bawah umur lima tahun yang kadang-kadang masih pakai pampers dan minum susu dari botol?

1. YOUTUBE

Parents, jom pantau anak-anak kita. Jangan ingat anak-anak innocent kita cuma tengok Ryan's toy review dan Upin Ipin saja. Kadang-kadang dia boleh klik kartun-kartun mengarut. Pernah sekali anak Kak Hana tekan kartun Spiderman, agaknya dia ingatkan Spiderman lawan orang jahat. Rupanya kartun Spiderman kawin dengan Elsa. Selepas itu buat Elsa mengandung. Mula-mula kartun, lama-lama terklik video yang tak kartun, nauzhubillah. Ini grooming, tuan-tuan dan puan-puan.

2. KARTUN

Jangan tak tahu, banyak sangat fairytale yang ada kisah cintan cintun. Princess kahwin dengan putera raja, last-last ada adegan cium.

Even Ultraman yang sepatutnya cerita lawan-lawan raksasa itu pun ada saja adegan romantik. Terus kami banned. Kadang-kadang ada aksi si perempuan jahat yang seksi pakai coli besi tengah lawan dengan kuncu-kuncu ultraman.

Ini grooming, tuan-tuan dan puan-puan.

3. DRAMA

Drama Melayu kita sekarang pun dah makin berani dan melampau. Adegan pegang tangan, peluk-peluk, lentok atas bahu, sembam atas dada. Itu belum cerita adegan di atas ranjang. Oh ya, belum lagi masuk drama/filem Hollywood, Bollywood, Koreawood.

Ibu ayah pula tonton drama dengan anak-anak, family time katanya. Rupanya si anak kecil memerhati. "Esok aku nak try buat adegan sama dengan kawan sekolah," detik hati.

Ini grooming, tuan-tuan dan puan-puan.

4. STORYBOOK

Hati-hati juga pilih storybook. Scan dulu gambar-gambar di dalam. Ada saja stories untuk kanak-kanak tapi ada storyline, gambar dan adegan-adegan yang tak sepatutnya. Sama macam kes kartun tadi. Ini pun grooming, tuan-tuan dan puan-puan.

5. IBU BAPA

Tanpa sedar kadang-kadang kita juga menyumbang pada proses grooming tadi. Ibu-ibu ada yang berpakaian sedikit seksi di rumah. Ayah-ayah pula nak bermesra dengan ibu itu biarlah berpada-pada. Nak tunjukkan kasih sayang itu boleh tetapi yang lebih-lebih itu jangan tayang depan anak-anak please.

Ada juga ayah-ayah yang kaki game, main pulak game yang ada perempuan seksi. Lurah dendam sana sini tersembul. Anak-anak pun tertengok sama. Ibu-ibu pula kaki tengok drama Korea sambil lipat kain, dengan anak-anak sekali tertengok. Macam-macam adegan ada, tak payah cakaplah kan. Ini semuanya grooming, tuan-tuan dan puan-puan.

Walaupun anak-anak kecil ini belum pandai main game, belum reti baca novel atau baca manga yang ada adegan lucah, tetapi lima sumber grooming di atas pun dah cukup membawa padah, dah cukup mengundang resah.

Grooming ini sebenarnya salah satu jalan yang boleh musnahkan masa depan anak-anak kita. Sampaikan puan Sharifah Zahidah namakan grooming ni sebagai 'Terowong ke neraka'.

Budak 4-6 tahun mumaiyyiz pun belum, ibu ayah. Mereka tak bersalah. Yang bersalah ialah kita, ibu bapa yang gagal melindungi mereka! Pantau anak-anak kita, apa yang mereka baca, lihat, dengar dan rasa. Jadi kawan baik kepada anak-anak supaya mereka percaya pada kita dan tidak berahsia dengan kita. Dan sebagai tambahan, ibu bapa yang ada anak-anak lelaki, ajar supaya tidak melakukan tiga perkara itu kepada orang perempuan. 

1. JANGAN TENGOK SEMBARANGAN

Anak lelaki ini tinggi hormon testosteronnya. Sebab itu diorang lagi cepat terangsang kalau terlihat aurat terdedah walau sekecil kecil benda. Ajar anak kita tundukkan pandangan dan tutup mata kalau ada iklan tak senonoh muncul masa tengah main game atau masa tengah tengok TV

2. JANGAN SENTUH SEMBARANGAN

Ajar anak lelaki kita jangan sentuh perempuan yang bukan mahramnya. Selama ini kita asyik ajar anak perempuan saja supaya jerit dan lari kalau ada orang nak sentuh bibir, dada, faraj dan punggung tapi jangan lupa ajar juga anak lelaki supaya jangan sentuh 4 titik tubuh ini terutamanya tubuh kawan perempuan.

3. JANGAN BERKASAR PADA PEREMPUAN
Fizikal anak lelaki memang dicipta lebih kuat daripada anak perempuan.
Ajarkan anak lelaki yang mereka ni sebenarnya dilahirkan sebagai hero untuk melindungi, bukannya menindas dan menyakiti perempuan.

Paling penting, ibu ayah jadilah teladan terbaik. Nak didik anak-anak jadi generasi yang beriman dan baik akhlak, nak bentuk anak-anak jadi pemimpin masa depan. Tapi ibu ayah pun habiskan masa tengok drama lagha dan main game berunsur lucah. Nauzhubillah. 

Jom muhasabah bersama, nasihat terutama untuk diri sendiri.

A terrified mother of 2 boys and 1 girl

About Cite Malaya

Powered by Blogger.