Loading...
TR

'Even angels sometimes make mistakes' - Netizen kata Tun M perlu bertaubat, tapi lelaki ini jelaskan kenyataan itu adalah bahasa kiasan


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Reporter.

Baru-baru ini dalam satu sidang media, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir didakwa telah menyimpang kerana menyamakan manusia dengan malaikat kerana satu kenyataan di bawah: 

"We are not perfect people. Although most of us are angels, even angels sometimes make mistakes. 

"So when angels make mistakes, they turn around," katanya dalam video sidang media yang dimuat naik saluran YouTube The Star Online pada 8 Disember lalu. 


Kenyataan Mahathir itu dianggap sebagai 'bodoh' dan perlu diperbetulkan serta perlu bertaubat. 

"Angels mana buat mistake? Kalau munafik, cakap sajalah munafik. Petik angels pula," - Syed Daruzi. 

"Alahai Mahathir, awatlah chek jadi laguni hah? Chek sedak kah apa yang chek ucapkan itu? Astaghfirullah. Bawalah mengucap dua kali mashahadat. Sedeh kami tengok chek macam ni," - Safiah Hassan.



Bagi memperbetulkan pemahaman netizen, lelaki ini, Adrian Lim Chee En, tampil menjelaskan bahawa bukan malaikat yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir, sebaliknya, bahasa kiasan.

"Even Angels Make Mistakes" - Tun M

"Kecoh satu Malaysia sampai keluar hadis bagai. Amboi, buat malu! English idioms atau terms bukan semuanya hangpa boleh terjemahkan bulat-bulat. Saya bagi contoh, baca sampai habis supaya ilmu itu tambah sikit. 

1. "The devil is in the detail" 

Terjemahan bulat-bulat: "Syaitan di dalam butiran" (?)

Maksud sebenar: "Perkara yang nampak mudah, tidak sebegitu mudah jika diteliti. 

2. "God is in the detail"

Terjemahan bulat-bulat: "Tuhan di dalam butiran" (?)

Maksud sebenar: "Setiap perkara yang dilakukan harus dilakukan dengan cukup teliti"

3. "Angels in the house" 

Terjemahan bulat-bulat: "Malaikat di rumah" (?)

Maksud sebenar: "Isteri yang setia kepada suami dan keluarga"

4. "Better the devil you know than the angel you don't" 

Terjemahan bulat-bulat: "Lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali" (?)

Maksud sebenar: "Lebih baik orang yang dikenali (even tahu tak perfect), daripada orang yang tidak dikenali (yang nampak perfect)"

5. "Play The Devil's Advocate" 

Terjemahan bulat-bulat: "Bermain sebagai peguam syaitan" (?)

Maksud sebenar: "Berhujah kontra. Mengkritik (walaupun secara peribadi setuju) dengan tujuan mengetahui kelebihan atau kekurangan suatu hujah."

6. "Fallen Angel" 

Terjemahan bulat-bulat: "Malaikat yang jatuh" (?)

Maksud sebenar: "Syarikat atau saham yang sedang merosot/menjunam."

7. "Speaking of the Devil"

Terjemahan bulat-bulat: "Bercakap mengenai syaitan" (?) 

Maksud sebenar: "Bercakap mengenai seseorang, kemudian orang tersebut muncul."

8. "Enough to Make Angels Weep"

Terjemahan bulat-bulat: "Cukup membuatkan malaikat menangis" (?)

Maksud sebenar: "Peristiwa yang sungguh menyakitkan hati."

9. "The Devil's Luck" 

Terjemahan bulat-bulat: "Nasib syaitan" (?)

Maksud sebenar: "Nasib yang sungguh baik."

10. "Angel's Hair"

Terjemahan bulat-bulat: "Rambut malaikat" (?)

Maksud sebenar: Sejenis mi spaghetti (mi Itali.

11. Hangpa tengok bola kan? "Red Devils Supporter's Club" 

Terjemahan bulat-bulat: "Kelab penyokong syaitan-syaitan merah" (?)

Maksud sebenar: "Kelab Penyokong Manchester United"

12. Hangpa pernah mengorat kan? "You're My Darling Angel"

Terjemahan bulat-bulat: "Awak malaikat kesayangan saya" (?)

Maksud sebenar: "Awak kesayangan saya."

"Apabila Tun Mahathir kata "Even angels make mistakes," yang dimaksudkan adalah "manusia semuanya buat silap," bukan "malaikat buat salah". 

"Sebab itu penguasaan bahasa inggeris adalah penting. Maksud 'angel' dalam sastera dan agama jaub berbeza. Kalau rajin belajar, faham konteks, taklah triggered sangat," katanya.

Netizen juga setuju dengan penjelasan Adrian kerana sebelum itu, Tun Dr Mahathir memulakan jawapan balasnya kepada soalan media dengan "We are not perfect, although some of us are angels" 

"Baru tengok video ucapan, betul apa yang bro ini cakap, lebih kepada metafora sebab sebelum Tun cakap "Sometime even angels make mistake," Tun mulakan dengan "We are not perfect, although some of us are angels". Dari situ dah tahu next word akan jadi perumpamaan. Bravo for pointing that out," kata Emir Khan. 

Namun masih ada netizen yang tidak begitu memahami dan oleh itu, Adrian menjelaskan lebih lanjut. 

"Istilah-istilah inggeris ini bukannya boleh diterjemahkan bulat-bulat. 'Angels' boleh bermaksud: 
  • Saham
  • Syarikat
  • Isteri
  • Benda yang baik
  • Kejadian yang menggembirakan
  • Jenis mi Itali
  • Girlfriend
"Dia terpulang kepada konteks, ayat, perkataan di depan atau belakang. Dalam konteks Tun, "Even 'angels' make mistakes", 'angels' bermaksud the best/perfect/idol in your mind. Boleh jadi your wife, ibu, aunty or idola. So, "Even 'angels' make mistakes" bermaksud, orang yang paling best/perfect/suka in your mind pun boleh buat silap. Dalam erti kata lain, everyone makes mistakes. 

"Metafora atau bahasa kiasan pun boleh jadi juga. Pointnya, istilah-istilah ini tidak boleh ditafsir atau diterjemahkan melalui satu cara yang sempit saja. Bahasa itu luas," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.