Loading...
TR

'Bridesmaids tak guna datang nak melawa, baik jadi lembu'


Peluang yang diberi untuk menjadi bridesmaids sepatutnya dihargai kerana di situ terletaknya kepercayaan si pengantin kepada rakannya. Namun, ada segelintir yang tidak bertanggungjawab membiarkan pengantin perempuan melakukan segala-galanya sendirian. 

MUA, Intan Kaharuddin, yang berkongsi pengalamannya di Twitter mendedahkan pernah menemui bridesmaids seperti itu yang bagi dirinya tidak berguna dan lebih baik menjadi lembu. 

SELAMAT pagi kepada semua manusia kecuali bridesmaids yang tak guna. Dapat baju free, datang lambat time majlis. Pastu kerja buat cantik saja tak membantu langsung. Baik jadi lembu. 




Aku ada makeup orang suatu masa dahulu ya gais. Pengantin duduk bilik itu seorang. Terkial-kiallah nak mencari tisu nak mengelap air mata. Bila aku minta crown, terkial-kial dia mencari crown dengan tangan yang masih berinai. Padahal tadi aku nampak ramai je geng boria bridesmaids dia. 

Kau tahu bridesmaids dia pergi mana? Pergi Starbucks gais. Sebab diorang semua tak breakfast lagi. So, pergi makan dulu, nanti jumpa di hall katanya. 

Pengantin itu pun terkejut okey masa dengar kawan-kawan dia kata nak pergi cari Starbucks. Kesian, serious kesian. 

So moralnya gais, cari bridesmaids jangan semata-mata nak bagi gambar kau cantik. Carilah kawan yang betul-betul berguna, yang boleh tolong kau support the event sampailah selesai. 

Okeylah, tak semua bridesmaids ini sejenis lembu. Ada ramai juga yang betul-betul berguna yang aku rasa nak high five bagi award pada dia. Ada sekali aku makeup, bride agak nervous, so dia asyik tanya "Hantaran dah ke? Baju dah siap shoot ke?" 

Tapi bridesmaids dengan tenang jawab, "Semua dah siap, you relaks je babe. Nanti kitorang handle untuk you. You buat cantik je atas pelamin nanti okey." 

Aku dalam hati, "Yaaaaa! Ini perempuan yang kita mahukannnnnnn!!!" Okey, itu saja. 

Tidak ketinggalan dalam memberi komen, Si Rashid, yang memberikan komen berikut:

"Kebanyakan perempuan yang jadi bridemaid ini ingat dia jadi penyeri gambar je. Hello, faham tak Bridemaid tu Bride+Maid, kau tu taraf bibik Indon je nak mengelabah acah lawa," katanya.


About Cite Malaya

Powered by Blogger.