Namun, benarkah tanggapan seperti itu? Sudah tentunya, tidak! Seperti kisah yang dikongsi penulis novel ini, Hilal Asyraf, tanggapan seperti itu hanyalah sekadar mitos sahaja. Dua pemuda yang diupahnya ini membuktikan bahawa bukan semua Melayu itu malas.
MITOS MELAYU MALAS
Dua anak muda Melayu ini saya upah untuk cat pagar-pagar dan pintu-pintu di rumah saya. Janji datang jam 9.30 pagi. Tetapi jam 9.15 pagi mereka memaklumkan yang mereka sudah sampai di rumah.
Saya pula yang lambat, sebab janji katanya jam 9.30 pagi, tetapi jam 9.25 pagi saya baru sampai di rumah.
Sekarang matahari dah terpacak, cuaca agak panas terik dan membahang. Tetapi mereka berdua masih tekun membuat kerja dan tidak berganjak.
Saya yakin, masih ada ramai lagi yang ada iman, jujur, disiplin ketika melakukan kerja mereka. Semoga mereka dirahmati Allah.
Mitos Melayu Malas.— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) December 24, 2018
Dua anak muda melayu ini saya upah cat pagar-pagar dan pintu-pintu di rumah saya.
Janji datang pukul 9.30am, 9.15am mereka dah beritahu kata sudah sampai. Saya pula yang lambat, sebab janji katanya 9.30am. Saya 9.25am baru sampai. pic.twitter.com/Xm7kyWQuQN
Bersembang dengan mereka, rupanya kerja-kerja mengecat ini pun kerja part-time. Mereka ada kerja lain iaitu sebagai tukang masak katering.
Alhamdulillah, seronok tengok anak muda rajin dan bekerja keras. Semoga Allah mudahkan urusan mereka dan meluaskan rezeki mereka. Ini nombor telefon saudara Fahmi, 016-7524741. Mereka hanya beroperasi di Skudai, Johor, sahaja.
Sumber: Hilal Asyraf