Loading...
TR

(Video) Ruang pejalan kaki tiba-tiba runtuh, 4 maut termasuk kanak-kanak berusia 11 tahun


Empat maut selepas ruangan pejalan kaki yang dilalui tiba-tiba runtuh dalam kejadian pada Ahad lalu di Dazhou, wilayah Sichuan, China. 

Empat mangsa yang maut adalah seorang bapa bersama anak lelakinya berusia 11 tahun dan pasangan suami isteri yang baru berkahwin. 


Selepas lebih 50 jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan, bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa pada waktu tengah hari Selasa lalu. 

Tang Zengfu, 45 dan anaknya sudah tidak bernyawa ketika ditemui oleh bomba. 


Dalam kejadian jam 2.30 petang Ahad lalu, ruangan pejalan kaki itu secara tiba-tiba runtuh dan menyebabkan empat mangsa terjatuh ke dalam lubang tersebut. 

Wanita yang terperangkap di dalam lubang itu, Mou Biqing, 23, berjaya ditemui pada jam 12.10 pagi Isnin dan dikejarkan ke hospital, malangnya meninggal dunia ketika dalam perjalanan. 

Pada jam 9.36 pagi, suaminya, He Menglong, 22, ditemui dan menerima nasib yang sama iaitu mati ketika dalam perjalanan ke hospital. Pasangan itu dikatakan baru saja berkahwin empat hari yang lalu. 


He bekerja sebagai pekerja penghantar barang di Chengdu, manakala isterinya, Mou bekerja sebagai jururawat di hospital. 

Sementara itu, Tang dan anaknya berasal dari Fushan, baru saja membeli telefon bimbit baru untuk menghubungi anak sulungnya yang bekerja sebagai polis. 

Menurut anaknya itu, dia sedang bertugas ketika itu dan tiba-tiba panggilan terputus sebelum dia dimaklumkan bapa dan adik bongsunya maut terjatuh dalam lubang tersebut.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.