Penumpang berkenaan yang hanya dikenali sebagai Sun berkata, ketika itu dia terasa haus lalu mengambil botol itu yang diletakan di ruang penyimpan botol minuman.
Sun yang pernah menggunakan perkhidmatan DiDi sebelum ini tahu adakalanya pemandu menyediakan minuman percuma untuk penumpang mereka.
Namun, sebaik meneguk 'air' itu, Sun cepat-cepat tersedar air yang diminumnya itu bukan air minuman biasa, tetapi air kencing.
Bimbang hilang pekerjaan, pemandu itu kemudian merayu agar Sun tidak melaporkan kejadian itu dan menawarkan wang sebagai pampasan bagi menutup kes itu.
Sun menolak dan membuat aduan mengenai insiden itu kepada pihak DiDi, yang kemudian mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka kepada Sun.
Menurut DiDi, pemandu itu tidak dapat mencari tandas dan terpaksa kencing di dalam botol yang kemudian diletak di tempat penyimpanan botol/
"Kami memohon maaf di atas insiden yang berlaku. Pemandu terbabit telah digantung kerja.
"Fungsi Toilet Locater disediakan dalam aplikasi pemandu DiDi dan setiap hari ia digunakan oleh 30 ribu pemandu DiDi," katanya.
Tidak pasti sama ada Sun diberi wang pampasan di atas kejadian yang tidak disangkakan itu.