Loading...
TR

(Video) 'Dah berapa kali cakap, jangan tidur sini!' - Staff Dunkin' simbah air pada gelandangan dipecat


Seorang pekerja Dunkin' dipecat selepas menyimbah sebekas air pada gelandangan yang sedang berehat di premis itu dalam kejadian yang berlaku di Syracuse, New York, lapor Now This

"Awak nak tidur?" kata kakitangan Dunkin' yang kemudian menyimbah air pada gelandangan berkenaan.

Kedengaran beberapa rakannya turut ketawa melihat kejadian itu. 

"Berapa kali saya perlu begitahu awak untuk berhenti tidur di sini? Awak berada di sini sepanjang hari, berapa banyak kali pelanggan dan orang lain perlu beritahu awak berhenti dari tidur di sini?" soal kakitangan terbabit. 

"Saya tidak sengaja," jawab gelanndangan itu sambil mengemaskan kabel pengecas telefon bimbitnya. 

"Tidak, itu bukan tak sengaja bro. Awak tahu saya bukan bermain dengan awak," kata kakitangan itu lagi. 

Polis telah mengenal pasti lelaki terbabit dikenali sebagai Jeremy Dufresne, menjelaskan dia masuk ke premis itu untuk mengecas telefon bimbit agar dia dapat menghubungi ibunya. 



Video kejadian itu viral meluas di media sosial. Individu yang memuat naik video itu juga telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan sumbangan orang ramai kepada Dufresne melalui GoFundMe, yang setakat ini telah mengumpul dana sebanyak $18,000 (RM74,619).

Ekoran kejadian itu, kakitangan terbabit telah dipecat. 

Lapor sumber, ada beberapa individu datang ke premis itu bagi memprotes insiden yang menimpa gelandangan berkenaan. 

Dalam kenyataan media Dunkin' menjelaskan, tindakan bekas kakitangannya itu adalah bercanggahan dengan syarikat mereka. 

Sementara itu, syarikat yang memiliki cawangan Dunkin' itu juga kesal dengan tindakan bekas kakitangannya itu seperti yang tersiar dalam video viral. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.