Loading...
TR

'Tak salah nak simpan ayam, daging, udang dll dalam freezer sebulan tetapi...' - Doktor ajar cara betul untuk sejukbeku dan nyahbeku bahan mentah


Kebanyakan kita gemar menyimpan bahan mentah di dalam freezer untuk jangka masa yang lama, tetapi tidak mengetahui bahawa sesetengah bahan mentah itu mempunyai tempoh tertentu untuk disimpan. Selain itu, cara penyimpanan bahan mentah juga seringkali tidak dibuat dengan betul sehingga ada yang mengalami keracunan makanan.

Menurut Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, pengguna perlu tahu cara-cara menyejukbeku dan menyahbeku bahan mentah yang betul dan paling penting sekali mengutamakan kebersihan dengan mencuci bahan mentah, disimpan dalam bekas yang bersih bagi mengelakkan kontaminasi. 

“Saya sibuk doktor, jadi saya beli barang mentah sebulan sekali. Saya rasa sebab itu saya selalu kena sakit perut.”

SEBENARNYA, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer. Bahan mentah yang nak simpan di dalam freezer kena cuci bersih-bersih. Selepas itu, potong dan simpan dalam bekas kedap udara, ikut catuan sekali masak. Nak masak nanti, tinggal keluarkan satu bekas. Mudah.

Tapi, jangan curi-curi guna Tupperware kesayangan mak kau, nanti mengamuk orang tua tu, dah tak jadi kalau gitu. Hehe.

FOTO: AD DEALOVA
Selain mudah, simpan ikut catuan kecil dapat elak beku dan cairkan bahan mentah berulangkali. Ini dapat elakkan kontaminasi. Lagi-lagi kalau kau nyahbeku dengan cara rendam dalam bekas berisi air.

"Habis, cara nyahbeku bahan mentah yang betul macam mana?"

Camni:
  • Meletak bahan mentah di bawah air yang mengalir sehingga bahan mentah menjadi lembut.
  • Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller dan dibiar semalaman.
  • Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Tapi, jangan microwave Tupperware mak kau orang walaupun situ tulis microwaveable. Jangan cari nahas!

FOTO: GOOGLE IMAGES
Kalau tak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya. Nanti bila kau masak, bahagian yang ada ais itu, hidup balik. Hahaha. Taklah! Nanti dekat situ bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan.

Okeylah. Itu je! Jika boleh, makanlah makanan masak segar. Jika tak boleh, pastikan cara beku dan nyahbeku adalah selamat!

Medtweetmy

#BKKMnakpesan #BKKMHQ

About Cite Malaya

Powered by Blogger.