Loading...
TR

'Kalau tak puas hati, turunlah' - Berang ditanya kenapa lambat, driver bas tumbuk muka penumpang


Hasrat seorang lelaki menuju ke destinasinya tergendala apabila bas yang dijadualkan bertolak pada jam 10.40 malam tidak kunjung tiba dan dia terpaksa menunggu sehingga 15. Malangnya bas itu masih tidak kelihatan. 

Hampa dan pulang dari stesen tersebut, pengadu, terserempak dengan bas itu lalu mengejar dan menahannya. Apa yang berlaku seperti itu, amatlah tidak dijangkakan. apabila dia ditumbuk salah seorang daripada dua pemandu bas ekspres tersebut. 



MALAM ini aku dah kena game dengan bas Etika Express. Tiket aku bertolak dari UMP - Kuala Lumpur jam 10.40 malam. Aku sampai di UMP jam 10.30 malam, tunggu sampai jam 10.43 malam, bas tak ada.

Aku call Eticketing operator, dia suruh tunggu lagi 15 minit. Sampai 11.05 malam, haram tak ada. Aku call operator semula, dah tutup. 

Tolong ambil tindakan @aduanSPAD @AduanPengguna. Ini memang celakalah. Hotel aku siapa nak refund woi! 



Aku pun on the way balik ke Kuantan dan nampak bas ini baru nak sampai Gambang dalam jam 11.34 malam. Aku kejarlah bas ini. Aku tanya driver, kenapa lambat sangat? Dia boleh jawab:

"Biasalah, isi minyak." 

Kepala hotak dia biasa. Dia isi minyak di Gambang, bukan Kuantan. Dia siap jawab lagi, 

"Lantak la, ni bukan hal saya, saya lambat ke cepat ke." 

Aku malas nak layan, aku terus masuk bas. Satu driver lagi sampai. Panggil aku dan cakap, "Kalau tak puas hati, turunlah". 

Apa hal pula aku nak turun? Aku dah bayar, aku tahu aku nak sampai Kuala Lumpur. Dia paksa aku turun, aku keras memang tak la. Sekali dia datang pegang aku. Lagi seorang datang shoot muka aku. Nice sangatlah. Ada kes, @PDRMsia, saya dah call Balai Polis Kuantan. 

Sekarang tunggu sampai Kuala Lumpur, nak pergi buat laporan polis. Mangkuk driver dua ekor ini mesti kena 323, tunggu. 



Laporan polis dah selesai, tetapi aku kecewa bila seorang sarjan dari balai di Kuantan ini call aku dan persoalkan tindakan aku yang tanya driver bas itu kenapa lambat. WTF is this?! 

Aku baru beli tiket return. Aku tanya petugas kaunter di mana aku boleh buat aduan dan dia cadangkan aku terus direct dengan SPAD atau JPJ. Surprisingly, dia beritahu aku kes macam ini memang selalu berlaku. Aku harap pihak berwajib boleh ambil tindakan dengan segera. 

Kesan dari pergelutan semalam. Aku dah emel butiran lengkap kepada SPAD dan harap SPAD dapat bekerjasama dengan JPJ untuk ambil tindakan terhadap pemandu bas Etika Delta itu.

Tak besar mana luka, tetapi masih rasa pelik bila tak bercakap. Semoga dua driver bas Etika Delta itu diberi balasan yang setimpal olehNya.  



Bila sampai TBS, polis bantuan dah tunggu bas. Turun terus soal driver. Dia punya sembang macam Hakim Negera, semua dia tahulah. 

Alasan dia tumbuk aku sebab driver seorang itu ada sakit jantung. Konon kalau dia tak shoot aku, aku akan shoot dulu. 

Dah tahu member sakit jantung, duduk diam drive bas sudah la. Nak paksa aku turun apa hal? Aku pun dah elok duduk di seat aku. Dia yang bising lagi kenapa? 

Alasan dia suruh aku turun lagi? Sebab aku tak print tiket. TnC tulis passengers kena tunjuk IC/pasport/lesen atau resit elektroinik. Tak payah print. Ini tahun 2018! Bukan 2008!


Aku baru settle consult dengan lawyer dan aduan di pejabat KPDNKK. Surat tuntutan permohonan maaf dan pampasan akan dihantar. Tempoh 14 hari diberi kepada pihak syarikat bas tersebut. 

Tujuan aku tweet ini sebab aku tahu bukan aku seorang saja yang kena seperti ini. Ada yang kena tetapi tak tahu nak buat apa. 

Jadi, mungkin kalau ada yang terbaca. Bila jadi, tahu nak buat apa atau bila baca, tahu macam mana nak berdepan dengan situasi begini atau sebelum terjadi bagi mengelakkan diri daripada berada dalam situasi ini. 

Maklum balas dari pihak SPAD


Sumber: Twitter @Ilmansaldi

About Cite Malaya

Powered by Blogger.