Kejadian itu berlaku tanpa disedari oleh dua gurunya yang ketika itu sedang menguruskan kanak-kanak lain, walaupun dalam jarak yang dekat.
Mangsa hanya dikeluarkan dari kolam itu selepas disedari oleh guru yang berada di luar kolam terkejut melihat keadaannya yang terbalik dan tidak bergerak.
Mangsa kini masih di bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital di daerah itu.
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa menggunakan pelampung dalam kolam bersama dengan sembilan lagi rakan sekelasnya yang lain.
Bagaimanapun, mangsa secara tidak sengaja terbalik ke arah belakang menyebabkan kepalanya berada di dalam air.
Mangsa cuba berusaha untuk memperbetulkan kedudukannya semula dan kakinya terkapai-kapai di permukaan air, namun gagal berbuat demikian.
Gurunya yang juga berada di dalam kolam itu sedang sibuk menguruskan murid lain dan tidak menyedari kejadian itu. Murid-murid lain yang berhampiran dengan mangsa juga tidak menyedarinya.
Selepas usaha menyelamatkan dirinya selama 40 saat itu gagal, mangsa tidak lagi bernafas dan tidak sedarkan diri serta terapung di hujung kolam.
Mangsa segera dikejarkan ke hospital dan doktor berjaya menyelamatkan mangsa.
Kejadian itu menimbulkan pelbagai reaksi warga netizen yang rata-ratanya dari kalangan ibu bapa.
"Pihak tadika patut dipertanggungjawabkan di atas insiden ini. Kanak-kanak itu boleh mati! Kejadian itu boleh menyebabkan otaknya mati! Kecuaian guru terbabit tidak dapat diterima akal," kata netizen.