Loading...
TR

Dapur gas meletup, bayi melecur 30%


Kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun melecur 30 peratus di anggota badannya akibat terkena air panas selepas dapur memasak di rumahnya meletup secara tiba-tiba, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 4.50 petang 18 Ogos lalu, mangsa melecur di bahgian belakang badan sehingga lutut dan dikejar ke hospital dan dimasukkan ke wad selama 8 hari untuk diberikan rawatan. 

Ibu mangsa, Chong Roushi, 31, berkata, sebelum kejadian berlaku, dia berada dapur memotong buah epal, sementara dua orang anak sedang menunggu berhampiran. 

Tidak lama kemudian, Chong terdengar bunyi retakan yang disangkanya anak membaling mainan. Tetapi sebaik saja menoleh ke belakang, dia terkejut apabila mendapati dapur baharu yang dibelinya tiga bulan lalu sudah retak dan air yang sedang dimasak sekelip mata jatuh ke lantai. 


"Belum saya mengambilnya, anak yang terkejut dengan kejadian itu terjatuh ke belakang dan terkena air panas yang tertumpah ke lantai," katanya. 

Chong tidak menyangka, dapur yang baru dibelinya itu boleh meletup dan pecah dalam tempoh jaminan selama setahun. 

"Saya amat trauma dan terkesan dengan kejadian ini kerana tidak sanggup melihat anak menanggung kesakitan. 



"Sehingga kini, saya dan suami, Wong Lin Siang, 37, kecewa kerana tiada wakil dari pihak pengeluar dapur memasak itu berjumpa bagi membincangkan perkara berkenaan," katanya yang juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada hari yang sama. 


Seminggu selepas kejadian itu, Chong berkongsi mengenai kejadian itu di media sosial dan menasihatkan ibu bapa di luar sana berhati-hati apabila menggunakan dapur memasak jenis kaca. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.