Pada hari kejadian, bapa saudara mereka meletakkan kenderaannya di luar rumah, sebelum pergi bekerja di bandar. Bagaimanapun sebelum pergi, lelaki itu dipercayai secara tidak sengaja tertekan butang 'remote' menyebabkan pintu keretanya tidak berkunci.
Pada jam 2 petang, dua beradik berkenaan mengambil keputusan untuk bermain dalam kereta itu kerana cuaca panas di luar rumah, tanpa diawasi oleh orang dewasa. Malangnya, polis percayai apabila dua beradik berkenaan mahu keluar, mereka tidak tahu bagaimana cara untuk membuka pintu.
Akibatnya, mangsa meninggal dunia akibat strok haba selepas terperangkap lama di dalam kenderaan itu lebih tujuh jam.
Ketika kejadian itu, datuk mangsa sedang tidur di dalam rumah. Apabila warga emas itu terjaga dan menyedari ketiadaan dua beradik itu, dia cuba mencari mereka di sekeliling selama beberapa jam dan pada jam 9 malam, dia akhirnya terjumpa dua cucunya itu di dalam kereta.
Ketika ditemui, kedua-duanya tidak memberi sebarang respon.
Menurut polis tempatan, sebaik saja dua beradik itu dibawa keluar dari kereta, kulit mereka sudah mula terkupas.
Menurut jiran-jiran berdekatan, keluarga berkenaan bukan orang berada. Ibu mereka bekerja untuk menyara keluarga, sementara suaminya pula tidak dapat keluar dari rumah kerana mempunyai masalah kesihatan.
Terkesan dengan tragedi itu, keluarga mangsa mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah saudara mara buat sementara waktu.