Loading...
TR

Diajak keluar bersiar-siar jam 2.15 pagi sebelum dirogol teman lelaki dan rakan-rakan


Akibat terperdaya dengan ajakan teman lelaki, seorang gadis dirogol beramai-ramai oleh teman lelaki dan beberapa rakan suspek yang tidak dikenali, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian pada 20 Julai lalu, mangsa berusia 14 tahun berasal dari Tawang, Bachok, Kelantan dihubungi oleh teman lelakinya pada jam 2.15 pagi ketika berada di rumah di Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan. 

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa diajak oleh teman lelakinya untuk keluar bersiar-siar. Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju lalu mengikut suspek menaiki motosikal. 

Mangsa kemudian dibawa teman lelakinya ke sebuah rumah di Taman Seri Bayu, Kuala Besut, Jertih, sebelum dirogol suspek dan beberapa lagi rakan suspek di rumah itu. 

"Selepas kejadian rogol itu, mangsa ditinggalkan di kawasan Jambatan Tok Bali, Pasir Puteh dan pulang sendiri ke rumahnya di Kelantan, dalam keadaan lemah dan kesakitan," katanya.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Cherang Ruku pada jam 3.30 petang, 22 Julai untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke Hospital Perempuan Zainab, Kota Bharu untuk pemeriksaan lanjut. 

Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat kesan koyakan baru pada kemaluan mangsa.

Bertindak di atas laporan mangsa, polis memberkas teman lelaki mangsa berusia 17 tahun di rumahnya di Kampung Telaga Papan, Semerak, Cherang Ruku, pada jam 2 pagi, Isnin lalu. Siasatan awla mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya, dan kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut. 

Polis juga menahan suspek kedua yang merupakan pelajar tingkatan lima di Pasir Putih, di rumahnya di Jalan Tok Bali, Semerak, pada jam 2 pagi Rabu lalu. 

Polis masih memburu dua lagi suspek yang dipercayai sedang bersembunyi untuk membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana merogol.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.