Loading...
TR

Tangan terputus, baju terbelit di tayar motosikal


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun terputus tangan kiri selepas pakaian yang dipakainya terbelit pada tayar motosikal yang sedang bergerak, lapor Berita Harian

Dalam kejadian jam 9.30 malam tadi di Kampung Binjai Bongkok, Terengganu, mangsa memakai baju sejuk bersaiz besar menyebabkan bahagian baju itu tersangkut pada tayar belakang motosikal yang dinaiknya. 

Kejadian itu menyebabkan tangan mangsa tertarik ke dalam rim tayar sebelum terjatuh dari motosikal yang ditunggang oleh ahli keluarganya itu sehingga tangannya terputus. 

Berdasarkan gambar viral di media sosial, mangsa dilihat dalam keadaan tenang dan masih mampu duduk di lokasi kejadian  sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu oleh keluarnya untuk menerima rawatan. 

Menurut sumber keluarga mangsa mengesahkan, tangan mangsa yang terputus itu gagal disambung dalam pembedahan yang selesai kira-kira jam 6 pagi tadi. 



Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Suhaimi Ali mengesahkan, tiada sebarang laporan yang dibuat berhubung kejadian itu. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.