Loading...
TR

'Sumbangan RM500K, tanda rakyat sayang pemimpin' - Najib


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap sumbangan RM500,000 oleh ahli UMNO daripada semua peringkat dan rakyat adalah tanda kasih sayang mereka kepada pemimpin. 

Terdahulu Najib selesai membuat pembayaran sebahagian baki wang jaminan RM500,000 di Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. 

Sebelum beredar, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau menerima bantuan daripada semua peringkat dari Ketua Bahagian sehingga ke ahli biasa. 

"Sebelum saya ke sini, ada UMNO Bahagian Tumpat datang untuk menyerahkan sumbangan. Ini menandakan bahawa ahli UMNO dan rakyat menunjukkan kasih sayang kepada pemimpin. 

"Mudah-mudahan dengan doa restu semua, saya dan keluarga dapat melalui ujian besar ini, insya-Allah dengan izin Allah. 

"Ini adalah sumbangan yang bermakna dan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kerana sumbangan ini terbit dari hati nurani yang ikhlas. 

"Terima kasih sekali lagi, mudah-mudahan Allah melindungi kita dan keluarga kita," katanya. 

Najib berdepan dengan dakwaan jenayah pecah amanah dan salahguna kuasa ketika menjadi perdana menteri, membabitkan skandal SRC International Sdn Bhd. 

Pada 4 Julai lalu, Najib mengaku tidak bersalah dan hakim membenarkan beliau diikat jamin RM1 juta. 

Namun, semua akan bekas Presiden UMNO itu dibekukan oleh pihak berkuasa menyebabkan beliau sukar membayar wang jaminan itu. Penyokong tegar Najib kemudian melancarkan tabung bantuan untuk Najib. 

Difahamkan, antara pihak yang memberi sumbangan kepada tabung itu adalah dari luar negara termasuk Singapura dan Indonesia. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.