Loading...
TR

PDRM akan pantau dan kesan alamat IP individu layan web pornografi


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan sebuah unit baru yang dikenali sebagai Malaysian Internet Crime Against Children Investigation Unit (MICAC) untuk memantau rakyat Malaysia yang melayari laman web pornografi terutamanya laman web pronografi kanak-kanak, lapor Malay Mail.

New Straits Times (NST) melaporkan, MICAC akan mengenalpasti lokasi dan masa pengguna melayari laman web tersebut dan kemudiannya akan membuka satu maklumat data mengenai individu terbabit.

Maklumat data tersebut yang mengandungi perincian portal yang kerap dilayari, tempoh masa yang dihabiskan melayari laman web berkenaan dan fail yang dimuat naik, yang boleh digunakan untuk mendakwa pelakunya. 

“Kami akan mengambil data individu yang kerap melayari laman web berkenaan. Kami menggunakan perisian yang dicipta khas untuk kenalpasti lokasi dan mengesan individu yang sering melayari laman web porografi terutamanya yang terlibat dengan pornografi kanak-kanak,” kata Ketua Penolong Pengarah D11, ACP Ong Chin Lan.

“Kita akan memanggil mereka untuk disoal siasat atau kita akan menahan mereka di rumah atau di mana-mana sahaja,” kata Ong.

Perisian berkenaan telah dibangunkan di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai Internet Crime Against Children—Children Online Protective Services. Perisian itu berkemampuan mengenalpasti identiti maklumat pengguna, lokasi, nama laman web tersebut, lokasi dimuat naik pornografi dan masa semasa pengguna melayari laman web serta jangka masa mereka menghabiskan masa untuk melayari laman web terbabit.

Sistem itu juga dapat mengenalpasti pengguna yang melayari pornografi daripada telefon bimbit mereka.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.