Loading...
TR

Retak tempurung kepala dan pendarahan dalam otak punca kematian Adam Rayqal


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, mendedahkan punca kematian bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi, adalah disebabkan kecederaan di bahagian kepala, lapor Berita Harian

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat mangsa  menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otaknya. Namun polis masih menyiasat bagaimana kejadian itu berlaku.


"Kita masih menjalankan siasatan sama ada bayi itu dipukul, dihempas atau terjatuh ketika berada dalam jagaan suspek. Tiada sisa susu ditemui pada kerongkong mangsa. 

"Setakat ini, tiada sebarang senjata ditemui berhubung kes ini tetapi kita masih siasat perkara ini," katanya. 

Mayat mangsa dibedah siasat sejak jam 9.45 pagi tadi sehingga jam 1 tengah hari di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur. Laporan bedah siasat itu sekali gus menafikan keterangan awal suspek yang sebelum ini yang menyatakan mangsa tersedak susu. 


Fadzil berkata, pada hari kejadian suspek juga mengasuh dua lagi bayi lain. Tetapi diserahkan semula kepada ibu bapa mereka. 

"Hasil siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak sejak dua tahun lalu dan turut mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.

"Siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk berkemungkinan mangsa didera sebelum ditemui mati termasuk motif pembunuhan," katanya.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.