Loading...
TR

'Kau ganggu tempat aku!'


Perkongsian kisah-kisah seram yang didakwa dilalui oleh penulis asalnya, yang viral atau trending di media sosial. Sama ada benar ataupun tidak, hanya beliau yang mengetahui. Juga, ia sekadar bacaan santai bagi mereka yang meminati kisah-kisah genre seram.

"Kenakalan yang hampir membawa padah...."

Seperti yang dijanjikan, aku akan kongsi sebuah cerita seram (tak tahulah seram ke, macam mana) di sebuah sekolah yang agak terkenal di Kuching, Sarawak. Sekolah mana? Biarlah rahsia.  Sebelum aku start, aku nak explain dulu tentang struktur bangunan sekolah itu. 

Budak-budak sekolah itu kata, sekolah itu macam kotak. Ada empat blok dijadikan segi empat tepat, ada empat tingkat dan di tengah-tengahnya ada dataran. Dapat bayangkan? 

Sekolah ini dulu dikatakan tapak lama kem tentera Jepun dahulu. Ini yang diperkatakan oleh orang tua-tua dulu. Tempat banduan disembelihlah senang cerita. So, aku yang dapat tengah benda-benda seperti ini dah biasa tengok orang berkawad tanpa kepala dan ada yang datang bertanya di mana kepala mereka. Tetapi ini bukan cerita seram yang aku nak kongsikan. 

Berbalik kepada cerita asal, sekitar bulan Julai 2017, aku merupakan seorang fasi untuk satu Kem Kepimpinan. Kem untuk melatih batch pemimpin junior la katanya. Kem itu diadakan di sekolah aku, selama dua hari satu malam. Biasanya sekolah kitorang kalau ada program bermalam, akan buat solat maghrib, isya dan hajat berjemaah. 

Aku sebagai fasi kena datang awal sebab nak buat preparation. Tak silap aku, aku datang jam 4 petang begitu. So skip ke jam 6.15 petang ke 6.20 petang begitu, kebanyakan fasi dan peserta ramai dah sampai ke sekolah. Aku ini merayau-rayaulah seorang diri di sekolah. Nak cari feeling agaknya. Hahaha! 

Maghrib masa tu masuk jam 6.35 petang - 6.40 petang, so dah mula senja. Biasalah senja-senja ini orang cakap jin berkeliaran. Aku dah biasalah tengok benda ni, tak takutlah. Hahaha! Cuma entah waktu itu aku rasa tak senang hati, seperti akan ada benda buruk yang akan berlaku? Tapi aku baikanlah, malas nak fikir. Apa yang aku fikir, aku dapat tengok muka awek aku malam itu.

Alhamdulillah tiada apa-apa yang terjadi daripada solat maghrib sehinggalah ceramah jam 9.30 malam itu. Aku selepas isya, duduk lepak dengan member di tepi kantin. Kantin ini tidak jauh dari hutan belakang. Surau di depan kantin sahaja. Aku jenis yang suka karok dengan member, nyanyi lagi rock kapak la malam itu, rasa macam buat konsert. 

Tengah syok tu, mata aku meliar ke hutan belakang, aku nampak benda hitam, badan besar macam gajah. Aku tak nampak jelas sebab tak pakai cermin mata. Benda itu tiba-tiba muncul bila aku terbuka lagu 'Menanti Kasih'. Korang Googlelah tentang lagu ini. Sumpah aku tertekan lagu ini. 

Aku malaslah nak tegur benda itu dan tak nak beritahu member sebab tak nak takutkan diorang. Jadi, aku biarkan sajalah walaupun benda itu macam melambai-lambai. 

Jam 10 malam, kitorang semua fasi dan peserta berkumpul di dataran di tengah-tengah empat blok itu. Besar! Aku datang akhir ke dataran, sebab rasa malas nak handle peserta. Hahaha! So, aku berdirilah di belakang sekali. 

Mata aku masa itu meliar-liar tengok sekeliling sekolah sebab masa itu banyaklah penampakan makhluk. Biasalah diorang dah duduk awal lagi di situ.  Cuma aku tertarik dengan makhluk yang aku tengok di hutan tadi, dia berdiri di depan Makmal Sains tingkat atas sekali. 

"Ahh! Babi, apahal kau ikut s*aaal!" getus aku dalam hati. Entah, aku tak tahu benda ini faham atau tidak apa yang aku cakap. Dia terus lenyap. 

Aku malaslah nak ambil kisah sebab aku nak dengar member aku, Ketua Fasi, membebel benda bodoh di depan. Selesai itu, kitorang bergerak ke dewan. Di dewan ini aku skip sebab tak best. Aku skip ke bahagian bila semua peserta dah tidur. 

Kitorang fasi duduk lepak di dataran, makan, minum dan berkaraoke. Kemudian salah seorang dari kitorang ajak bergusti di tengah dataran. Di tengah dataran itu ada bentuk bintang. Bintang ini yang aku maksudkan. Kalau korang nampak, ada stage di bawah bintang, situlah tempat kitorang lepak. 


Tengah syok kitorang bergusti dalam jam 1 pagi, dengan bunyi bising apa semua. Akulah yang kalah dulu, terkeluar dari bintang sebab member aku tolak. Bila dah kalah, aku duduk atas stage tengok yang lain main. Mata aku sekali lagi tengok ke Makmal Sains tadi. 

Kali ini aku nampak benda tinggi pula. Barangkali hantu galah? Tinggi dia tu, cukup satu tingkat. Benda itu perhatikan saja kitorang bermain, mungkin sebab bising sangat? Bila kitorang semakin bising, benda itu semakin marah dan cuba terbang ke arah kitorang. Tetapi dia tak dapat sebab awal-awal lagi tempat program kitorang telah dipagar oleh ustaz. 

Member aku semua tak nampak benda ini terbang dan marah-marah. Selepas itu benda ini pulang semula ke makmal. Kali ini dia bermain pula dengan lampu-lampu dalam makmal hujung. Makmal ini hanya dapat dilihat dari stage. Kiranya aku seorang saja dapat tengok sebab yang lain masih bermain. 

Aku dah start rasa seram sejuk sebab benda itu dah marah. Benda itu pindah ke bilik muzik, yang bersebelahan dengan makmal. Dalam bilik muzik, biasalah ada gong, kompan dan sebagainya. Benda itu mula bermain alat muzik macam bunyi muzik kuda kepang sebab dalam itu ada kudan kepang yang digunakan untuk menari. Lama juga dia main benda itu, buat konsert dengan member kot.  

Bila member semua dah penat bermain, kitorang semua berkumpul balik di atas stage. Semua tak berbaju sebab berpeluh dan kepenatan. Aku masa itu dah mengantuk, so plan nak tidur. Sebelum tidur, aku pergi cuci muka dan berus gigi di tandas seorang diri. Tandas pula terletak berhampiran dengan kantin tadi. Kiranya dekat dengan hutan. 

Dah nak sampai ke tandas, aku terhidu bau hanyir busuk sangat sampai aku rasa nak termuntah. Nak tak nak, aku masuk ke tandas jugalah sebab perlu buat benda yang patut dibuat. Tengah aku gosok gigi, ternampak ada satu lembaga berdiri di depan satu pintu tandas melalui cermin berambut panjang, berbaju putih berdarah dan mendukung bayi. Rupanya bau busuk itu datang dari mereka. 

Aku dah cuak, cepat-cepat aku berkumur dan mula nak angkat kaki dan lari. Tetapi dia berbunyi, "Dah nampak aku ke? Nak lari ke mana? Aku nak bercakap," katanya selepas itu mengilai. 

Ah bodoh! Apa benda dia nak beritahu aku? Aku kisah apa, cepat-cepat aku masuk tempat tidur sebab takut. Hahaha! Masa itu dah jam 2 pagi lebih. Member masih belum masuk tidur, so aku tidur seorang. 

Aku tidur berhadapan dengan tingkap. So mata aku automatik akan pandang ke luar. Babi, benda itu ikut aku, tetapi dia di luar tingkap dan masih mendukung bayi. Cepat-cepat aku pusingkan badan ke kanan dan paksa diri tidur. Aku baca apa yang patut tetapi benda itu tiba-tiba tindih aku. 

Dia cuba nak bercakap dengan aku, tetapi aku tak nak. Dia punya bau nafas itu, aduh! Aku susah nak gambarkan, dia makin menekan dada aku dan bercakap dengan aku. Disebabkan aku susah nak bernafas, aku menjerit dalam hati. 

"Kau nak apa?! Aku tak kacau kau!" 

"Kau ganggu tempat aku!" bisiknya. 

"Aku dah cakap, aku tak ganggu kau." 

"Kau dan kawan kau langgar rumah aku!" 

"Kami langgar apa?"

"Kau dan kawan kau buat bising, kau dan kawan kau seru aku. Kau dan kawan kau ceroboh tempat aku!" 

"Ini bukan tempat kau, aku datang sini tak ada niat nak mengganggu."

"Bawa kawan kau lari dari sana. Bawa!!!" 

Ah! Dia tengking aku, sudahlah muak hodoh, hitam. Cun juga selepas member aku semua masuk dan benda itu pun hilang entah ke mana seperti debu. Lega aku rasa tetapi dada aku rasa sakit. Cuma aku rasa macam dadah aku berdarah. 

Malam itu memang aku tak boleh tidur, sementara itu memberi aku ada yang sampai berdengkur. Korang buat hal, aku kena tanggung? 

Betul jangkaan aku, benda itu masih belum pergi. Dia berdiri di depan tingkap aku. Aku tak nampak muka sebab rambut dia di depan. Lama juga dia di depan itu, kejap terbang, kejap ketuk tingkap and so on. Aku bukalah ayat-ayat ruqyah di YouTube dan barulah benda itu hilang. 

Sumpah ini pertama kali aku kena tindih dan berkomunikasi dengan makhluk halus. Sampai situ sahaja gangguan yang tak seberapa nak seram. 

Pagi keesokannya, aku sedar di dada aku ada kesan cakaran sebab aku rasa pedih bilab erpeluh. Ini pertama kali aku ceritakan kisah ini, sementara itu fasi dan peserta lain semua tak tahu kejadian ini. Cuma aku nak beritahu, betullah apa yang orang tua cakap, kalau nak pergi ke satu tempat, jangan buat onar. Hormat tempat itu sebab ada benda lama lagi duduk di situ. 

Sampai di sini saja thread aku yang tak seberapa nak seram. Cuma nak pesan, yang nak tidur tu tengok-tengoklah bilik, takut ada yang teman tidur. Bawah katil ke hujung bilik ke. Kalau jumpa, kirim salam tau hahaha. 

Sumber: @jejulll

About Cite Malaya

Powered by Blogger.