Loading...
TR

'Kerajaan masih perlukan khidmat JASA untuk dapatkan sokongan rakyat' - Tun Faisal


Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz, menjangka keputusan Kabinet membubarkan agensi itu akan memberikan kesan kepada kecekapan kerajaan, kestabilan politik dan ekonomi negara, lapor Astro Awani

Jelas beliau, kerajaan masih memerlukan khidmat JASA untuk membuat analisa pelbagai isu semasa, mendapatkan maklum balas rakyat, memberi penjelasan kepada rakyat, memperkukuhkan kestabilan politik dan keselamatan negara serta mendapatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan

"Ia secara langsung menjejaskan kecekapan kerajaan berikutan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin akan menggabungkan beberapa kementerian dan jabatan pada masa depan dalam langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan," katanya mengulas pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa JASA antara agensi kerajaan yang dibubarkan bagi mengurangkan perbelanjaan kewangan. 

Menurut Dr Mahathir, keputusan tersebut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pertama hari ini untuk memberi tumpuan kepada hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

Selain JASA, Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) turut dibubarkan. - Astro Awani

About Cite Malaya

Powered by Blogger.