Suspek, Zhang, 31, didakwa membunuh pasangannya selepas bergaduh sebelum memenggal kepala dan membuangnya ke dalam tong sampah.
Zhang kemudian tampil menyerah diri di balai polis pada jam 8 malam 25 April lalu. Polis kemudian menutup lokasi kejadian dan mayat mangsa dikeluarkan dari kediaman pasangan berkenaan.
Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) juga menunjukkan Zhang keluar dari bangunan kediamannya sambil memegang kepala mangsa di tangan kiri.
Dalam rakaman itu, beberapa penduduk juga berjalan di lorong tersebut dan tak menyedari Zhang membawa kepala isterinya yang kemudian dibuang ke dalam tong sampah.
Salah seorang penduduk berkata, dia ternampak suspek berjalan di lorong tersebut dengan pakaiannya dipenuhi darah.
"Tinggi lelaki itu lebih kurang 5.6 kaki dan baju serta kasutnya dipenuhi dengan darah," kata Wang.
Seorang lagi penduduk, Zheng, berkata kepala mangsa ditemui dalam tong sampah oleh pekerja pengutip sampah sebelum memaklumkan penemuan itu kepada pihak polis.
Polis kini sedang menjalankan siasatan.