Loading...
TR

'Ingatkan semua panggung wayang sama je' - Ada 9 jenis panggung yang korang mungkin tak pernah tahu wujud di Malaysia


Apabila filem-filem baru ditayangkan di pawagam, rata-rata peminat filem pasti teruja dengan  filem tersebut. Sudah pastinya mereka tidak melepaskan peluang untuk menonton bersama saudara atau teman-teman ke panggung wayang.

Selain daripada filem yang menarik, keselesaan tempat duduk di dalam pawagam kadangkala juga dititikberatkan oleh penonton. Jadi, tidak hairan lah jika reka bentuk tempat duduk setiap dewan tayangan berbeza-beza.

Jarang sekali kita lihat ada yang membuat ulasan mengenai dewan-dewan tayangan ini. Salam, melalui twitter berkongsikan melalui bebenangnya mengenai dewan tayangan pawagam-pawagam yang terdapat di Malaysia dan kelebihan setiap dewan tersebut. 

AS PROMISE, hari ni aku nak buat satu thread. Thread pasal hall yang ada dekat pawagam Malaysia. Check it out. Okay. Sebenarnya tujuan aku buat thread ni sebab aku sendiri curious kenapa mesti ada macam-macam hall dekat wayang? Apa benefits dia? So, after doing some readings, aku share apa yang aku jumpa.

So, for those yang curious macam aku, ni thread untuk hampa. Untuk thread ni, aku nak gunakan hall-hall dari wayang GSC, MBO dengan TGV sebagai CONTOH rujukan hall. Bukan nak compare. So, lets.


1. Standard Hall

Hall ni memang famous untuk semua wayang-wayang dekat Malaysia sebab harga dia yang affordable. Standard hall selalunya dilengkapi dengan banyak single seat di depan dan a few of twin seat di belakang. Ni adalah contoh hall standard hall.

Boleh dikatakan semua wayang mempunyai standard hall ni. Tak kira GSC, MBO or TGV. Ni contoh gambar twin seat dekat wayang.


2. Beanie Hall

Hall ni agak special sebab dalam hall ni kita boleh layan movie dalam keadaan yang agak santai. Dinamakan sebagai Beanie Hall sebab seat dia yang nampak selesa bagi aku. Siap boleh buat tidur. Ni adalah contoh beanie hall dekat TGV Cinema.



3. Atmos Hall dan Auro Hall

Since aku pun pening dengan kedua-dua hall ni aku try rasa sendiri apa beza kedua-dua hall ni dengan hall yang lain. Atmos dengan Auro Hall ni adalah hall yang sound dia dah advance sikit. Aku tak pernah rasa Atmos tapi aku pernah rasa Auro. Ni contoh hall.

Aku sentuh sikit bab Auro since aku dah pernah masuk. Aku difahamkan Auro ni menggunakan sound sebanyak tiga layer. Bawah, tengah dan atas. Memang best tengok wayang dengan sound yang macam ni. Boleh check dekat youtube Auro by Barco dengar pakai headphone. Memang feel.


Ni contoh speaker layer di Auro Hall. Btw, Auro Hall cuma ada di MBO. Siapa orang Sungai Petani, pi la MBO CS. Hall no 8. Atmos pula ada di GSC.


4. Premiere Hall

Buat yang nak exclusive Tapi affordable sikit dekat wayang, boleh try hall ni. Premiere Hall ni seat dia agak special sebab tak banyak plus ada macam meja kecil dekat tepi seat tu. Ni contoh gambar GSC Premiere Class, jangan terkejut kalau masuk sini.

GSC Premiere Class ni siap ada lounge area plus dia ada washroom dia sendiri. So, tak payah susah-susah lari keluar cari toilet dekat luar dah.


Kalau GSC Premiere Class, MBO pun ada Premiere Hall dia. MBO Premiere Hall dilengkapi dengan kerusi yang reclining tu. Ala kerusi yang boleh buat baring tu la. Tapi tidak la baring sangat. Plus meja kecil tepi dia tu boleh gerak-gerak. Ni contoh MBO Premiere Hall.


TGV pun tak ketinggalan. Dia pun ada premiere hall dia jugak. Ni contoh TGV Luxe Hall punya seat.

5. Gold Class

Yang ni tinggi lagi pada Premiere Class tadi. GSC Gold Class sangat-sangat exclusive. Hall dia tak banyak seat sangat. Seat dia pula jenis boleh reclining tu. Lepas tu, setiap dua kerusi, akan ada satu meja kecil and ada satu service button kat situ. So, kalau nak apa-apa just tekan sahaja button tu. Di gold class juga disediakan sediakan selimut. Wahhhh. Macam menarik juga ni. Ni adalah contoh GSC Gold Class.


Kalau di GSC ada hall Gold Class, TGV pula ada hall yang lebih kurang GSC Gold Class. It is called TGV Cinema Indulge. Feature dia juga lebih kurang sahaja dengan GSC dan dia juga ada lounge area dia. Ni contoh TGV Cinema Indulge dengan lounge area dia.



TGV Cinema Indulge ni ada  dua jenis pula. Ada yang 32 seats ada yang 40 seats. So, bagi yang nak cari privacy plus exclusive. Hall Gold Class dengan Indulge ni sesuai sangat untuk anda.


6. MAXX, Big Screen and IMAX

Walaupun ketiga-tiga hall ni mempunyai nama yang berbeza, tapi sebenarnya features yang hall ni bagi boleh dikatakan sama. MAXX untuk GSC, Big Screen untuk MBO manakala IMAX untuk TGV. So, feature apa yang depa ni bagi? Simple, kalau ikut nama MBO. SKRIN dia. Ketiga-tiga feature ni mempunyai skrin yang sangat besar. Ni aku bagi contoh gambar GSC MAXX. Untuk hall yang besar macam ni, dengan skrin yang besar macam tu sangat2 la puas.


Kalau tu contoh hall GSC MAXX, ni pulak contoh hall MBO Big Screen. Boleh bayang tak kalau skrin besar penuh satu dinding tu, hall besar mana? Menurut sumber (yang pernah pergi MBO AEON Big Falim, Ipoh), hall dia dah boleh buat majlis konvo kat dalam tu. Haha. Teka la besar mana?


Move to the next cinema, TGV Cinema MAXX. Ni contoh dia. MAXX di TGV menyediakan feature for both 2D and 3D movie jugak. Bab skrin dengan hall tak mahu sentuh la, dah boleh bayang sendiri dah besar mana.

7. D-BOX

Apa yang ada dekat D-Box ni? GSC D-BOX mempunyai seats yang boleh bergerak-gerak. Bukan la gerak ikut suka hati je. Bergerak ikut apa yang dalam movie yang jadi. Boleh dikatakan wayang yang agak 6D la. Ni contoh seats dalam hall GSC D-BOX.




Tidak ada beza apa pun kerusi merah dengan kerusi hitam tu. Tak silap aku yang merah kerusi lama and yang hitam kerusi baru. Tu je beza dia. Pergerakkan kerusi or Motion FX (bahasa pandai šŸ’šŸ»‍♂) boleh adjust sama ada nak kuat atau slow2 ja. Dia ada button dekat tepi seat tu.

Button kot macam tu . Tapi serious lepas aku baca-baca semua ni, aku teringin nak try hall GSC D-BOX jugak. Harga dia pun affordable.

8. MX4D dan 4DX

Kalau rasa D-BOX dah cukup best, sebenarnya MX4D dan 4DX lagi best. Nama yang berbeza tapi feature lebih kurang sama ja. MX4D, MBO punya. Manakala GSC came out with 4DX. Apa yang best tentang kedua-dua hall ni? Apa yang aku boleh ringkaskan, this is the real 6D.



Kita tengok feature MX4D dulu. MX4D dilengkapi dengan ciri-ciri effect seperti scent, wind, water, motion, fog, dll. Tak cukup lagi ke dengan effect-effect yang macam tu. Boleh bayang tak kalau tengok cerita Into The Storm? Mahu basah kuyup duk dalam tu. Ni contoh hall dia.




4DX juga tak ketinggalan. Dengan memperkenalkan enam effect utama seperti wind, liquid, scents, fog, bubble dan lightning. Pastu pecah pula dengan snownya dan effect- effect yang lain pasti buat anda rasa teruja. Ni adalah contoh hall 4DX.


Let me show you something. Tengok gambar tu. Tu dalam hall GSC 4DX. Yupp. It's happening. Buat yang nak rasa excitement macam ni, boleh la try GSC 4DX or MBO MX4D Hall.

9. Kecil Hall

Buat yang ada family dan anak-anak kecil, hall ni sangat sesuai dengan anda. Bukan sebab hall dia yang kecil, ni sebab hall dia child-friendly. Anak-anak bebas boleh bermain dekat ruangan hall tu. Hall jenis ni tak terlalu gelap sangat dan memang ada ruang untuk anak-anak bermain. Hall macam ni boleh didapati di MBO Cinema. Ni contoh Kecil Hall. Seats dalam Kecil Hall agak unik. Selalunya seats dalam Kecil Hall ni ada seats yang standard, bean bag seats and Kecil Sofabed.

And of course, semua film dalam hall ni rate U ataupun 13-PG yang telah ditapis. So, tak perlu bimbang pasal tu.

TGV juga sebenarnya ada hall macam ni, Family Friendly Sessions kalau tak silap aku. Cumanya, hall macam tu aku tak tahu la pula macam mana. I guess macam biasa ja kut. Sebab aku tak pernah masuk lagi and tak jumpa pula gambar detail nak tunjuk. So, boleh la try usha dekat TGV.

So, buat yang ada anak-anak kecil or childish like me , Kecil Hall sangat la sesuai untuk anda. Boleh layan movie sambil santai-santai dengan family.

Cukup dah kot. Yang tu je yang quite famous dalam Malaysia. Kalau ada salah apa-apa tegur je, jangan malu-malu. Sorry being annoying sikit and english yang berterabur dan rojak-rojak sikit. Thank you for reading this. I'll see you later.

Sumber: Salam

About Cite Malaya

Powered by Blogger.