Pada Sabtu lalu, dunia dikejutkan dengan kes pembunuhan yang melibatkan seorang pensyarah Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Dr. Fadi M R Albatsh. Dr. Fadi yang juga merupakan seorang imam dari Palestin ditembak mati di kawasan pejalan kaki di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, ketika berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi.
Di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Hamas, keluarga Dr. Fadi menuduh jenayah itu dilakukan oleh agensi perisikan Israel, Mossad. Hamas juga mengesahkan saintis penyelidikan yang khusus di dalam isu tenaga adalah salah seorang anggotanya.
Walau bagaimanapun, Hamas tidak menuduh Israel melakukan pembunuhan itu, tetapi menyifatkan Dr. Fadi M R Albatsh sebagai syahid.
The Star Online melaporkan Hamas mengatakan bahawa Dr Fadi telah menyumbang kepada pembangunan sektor tenaga Malaysia. Beliau mencipta dan membangunkan beberapa set teknikal dan mineral yang digunakan untuk menjana elektrik.
Walaupun kes pembunuhan ini masih lagi di bawah siasatan pihak polis, pelbagai spekulasi mula timbul selepas berlakunya kes pembunuhan tersebut.
Di Twitter, seorang pengguna Twitter dikecam hebat oleh netizen kerana memuat naik status mengenai kes pembunuhan ini. Dia mengatakan kes pembunuhan ini berlaku kerana Dr Fadi merupakan pakar membuat bom. Dia turut mengaitkan kejadian ini dengan Pilihan Raya Umum Ke-14.
Sebelum ini, seorang selebriti iaitu Fathia Latiff pernah menegur sikap Zulaiha. Tetapi, dia masih lagi berterusan memuatnaik status seperti khayalannya. Pengguna Twitter mula mengecam status Siti Zulaiha dan tidak menyangka Zulaiha akan memuat naik status sebegitu. Bagi mereka, tindakan Zulaiha tidak menghormati keperibadian Allahyarham.
Sementara itu juga, seorang pengguna Twitter mendedahkan Zulaiha sebenarnya mengalami penyakit bipolar. Dia pernah memberikan ugutan kepada ibunya dengan menunjukkan pisau di tangannya.
Pengguna di media sosial mula membuat laporan kepada semua akaun media sosial milik Zulaiha. Mereka berbuat demikian supaya kesemua akaun Zulaiha ditutup. Tindakan ini sekurang-kurangnya dapat mencegah Zulaiha dari terus memuat naik status yang tidak sewajarnya.
“Okay I found out that she is dangerous which dia boleh membunuh without hesitate. Grandiosity Manic Bipolar. Latest news I heard she said to her mom. Again, membunuh. Tolong guys, tolong Zulaiha Anuar. Tolong report dia. I will take this issue seriously.”
“Puji la lagi, feed her with lies, feed her imagination. Now the family is in fear, for now all I need is people to report her insta and twitter. What I’m going to do next is behind the curtain but I’ll make sure she wont try to harm the family anymore.”
“Mohon report ramai ramai dengan account minah otak kat lutut mata bengkak ni. Dah banyak kali masalahnya buat hal. Dah tahu berpenyakit tak payah main Twitter. Pergi buat rawatan dengan doctor. Biar account dia suspended.”