Loading...
TR

'Agak-agaklah saya nak muat naik gambar anu di IG' - Zul Ariffin dakwa 'hackers' godam akaun Instagram miliknya


"Itu bukan anu saya," tegas pelakon Zul Ariffin selepas viral rakaman gambar paparan skrin Instastorynya yang memaparkan gambar kemaluan seorang lelaki kononnya dimuat naik oleh Zul sendiri sehingga mencetuskan pelbagai reaksi peminat dan netizen di media sosial. 

"Takkan saya nak muat naik gambar kemaluan di sosial media? Ini semua kerja gila 'hacker' yang sengaja mahu memalukan dan mensensasikan keadaan," katanya memetik laporan dari Harian Metro

Difahamkan, Zul hanya mengetahui insiden itu selepas dimaklumkan oleh rakannya, membuatkan dia terkejut dan terkedu.

"Selalunya 'hackers' akan mencuri akaun dan menukar kata laluan. Tetapi gambar anu pula dimuat naik ke akaun Instagram saya. Jujur saya tidak tahu bagaimana untuk respons perkara ini kerana saya tidak tergamak memalukan diri dengan memuat naik gambar kemaluan. 

"Saya terduduk apabila dihujani panggilan dan mesej daripada rakan-rakan yang terkejut saya berani memuat naik gambar sedemikian," katanya. 

Susulan kejadian itu, Zul bertindak menukar kata laluan akaun Instagramnya bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk dan mujur rakannya memaklumkan perkara itu awal kerana bimbang lebih banyak gambar tidak senonoh dimuat naik. 

"Agak-agaklah saya nak muat naik gambar anu di Instagram. Saya seorang yang sangat berhati-hati ketika memuat naik gambar atau meletak kapsyen kerana sosial media ini segala benda pantas menjadi viral kalau ada yang tidak kena. 

"Saya nak muat naik gambar yang nampak lutut pun saya berhati-hati, inikan pula gambar anu? Saya belum gila nak buat itu semua," katanya yang turut fobia dan akan lebih berhati-hati selepas ini. 

Zul juga menjelaskan, akaun Instagramnya sudah beberapa kali hampir digodam pihak yang tidak bertanggungjawab, namun gagal berbuat demikian. 

"Pernah dulu beberapa kali akaun saya tidak boleh dibuka, namun dengan bantuan kelab peminat mereka berjaya mendapatkan semula IG saya kerana saya tidak terlalu mahir menggunakan sosial media ini.

"Tak sangka selepas beberapa kali mereka cuba menceroboh akhirnya gambar anu yang dimuat naik," katanya.

Ekoran kejadian yang mencemarkan imejnya itu, Zul telah membuat aduan kepada pihak Instagram. Bagaimanapun tidak membuat laporan polis kerana tiada maklumat mengenai pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.