Loading...
TR

'Adik menangis tak berhenti-henti sambil menunjuk ke penjuru katil'


Assalamualaikum dan hai. Nama aku Nan (singkatan nama panjang). Aku nak ceritakan tentang kisah benar yang aku pernah lalui pada tahun 2008. Aku tak tahulah bagi orang lain cerita ini seram ke tak. 

Waktu itu aku berumur 10 tahun. Aku masih ingat lagi waktu itu cuti sekolah bulan November dan Disember. Kebetulan masa itu saudara mara aku dari Kedah datang ke rumah aku di Bangi. Malam itu ibu, ayah, tokjang dan tokcik aku bawa ibu aku pergi berubat dengan seorang ustaz ini sebab ibu aku disantau oleh seseorang yang ingin menghancurkan keluarga kami.

Malam itu tinggallah aku bersama tok (nenek), sepupu dengan adik beradik aku. Aku, Iqmal (adik nombor tiga), Atikah, Shazreen dan Athirah. Kami buatlah pertandingan Akademi Fantasia di luar rumah dalam waktu lebih kurang jam 10 malam. Kononnya dua orang jadi penyanyi dan tiga lagi menjadi juri. Selepas itu bergilir-gilir menggantikan tempat masing-masing.

Tengah syok dan sampai giliran aku dan Iqmal jadi penyanyi, nyanyian kami terhenti apabila kami tengah ada 'seorang lelaki' mengayuh basikal dengan laju di depan bukit rumah aku. Rupa wajahnya tidak dapat dilihat kerana dia mengayuh basikal dengan begitu laju sekali. Pelumba basikal pun tak dapat nak mengayuh laju seperti itu, apatah lagi orang naik kereta atau motosikal pun kalah.

Dia keluar dari lorong sebelah rumah aku. Di depan rumah aku ada sebatang pokok ciku, bila dia kayuh sampai saja ke pokok ciku itu, aku dan Iqmal nampak ada 'benda' putih terbang. Selepas itu bila 'dia' dah lepas dari pkok ciku itu, kami dah tak nampak 'benda' itu. Kami nampak 'orang' yang kayuh basikal tadi dan dalam beberapa saat saja dia sudah hilang dari pandangan.

Waktu itu kami macam terkedu seketika, tak tahu nak buat apa. Biasalah masa itu budak-budak lagi. Tanpa berfikir panjang, kami pergilah ke atas bukit depan rumah kami itu (tempat yang 'orang' itu lalu) kononnya nak melihat dia sampai mana. Tiba-tiba dia dah tak ada. Aik? baru saja beberapa saat kot?

Kami pun apa lagi, terus berlari masuk ke rumah. Shazreen, Atikah dan Athirah tak tahu apa-apa sebab diorang tak nampak dan diorang pelik kenapa aku dengan Iqmal pergi ke atas bukit itu dan berlari-lari sambil menjerit masuk ke rumah. Tetapi diorang pun ikut berlari juga sebab dah terkejut mendengar jeritan kami berdua.

Aku dan Iqmal terus duduk di sofa ruang tamu sambil berpelukan. Kemudian Athirah bertanya, "Hangpa pasaipa masuk umah teruih jerit-jerit?"

Kami pun ceritakan apa yang kami nampak tadi. Selepas itu diorang bertiga pun ikut duduk di sofa sambil berpelukan. Hahaha! Diorang ingat kami main-main bila kami cakap sumpah bagai baru depa percaya.

Selepas lima minit kemudian, kami terdengar adik aku, Irfan, 5, dan Ifwad, 3, menangis. Kami pun masuklah ke bilik untuk memujuk diorang. Irfan dah senyap, cuma Ifwad saja yang masih belum berhenti menangis. Aku peluklah Ifwad agar dia berhenti. Tetapi dia menangis lebih kuat sambil menunjuk ke penjuru katil bilik ibu aku dan kata,

"Ada hantu! Ada hantu!"

Masa itu meremang bulu roma dan masing-masing dah ketakutan. Kami ingat diorang menangis sebab baru bangun tidur rupanya ada benda lain yang mengganggu diorang. Aku angkat adik aku itu supaya jauh dari penjuru katil itu sebab waktu itu dia tidur di penjuru. 

Tidak lama kemudian, tok aku datang tanya kenapa. Ifwad tak berhenti menangis sambil menunjuk ke arah yang sama. "Ada hantu, ada hantu. Ada ompuan abut panjang (ada perempuan rambut panjang)."

Tok aku terus baca ayat-ayat suci Al Quran bila mendengar adik aku berkata demikian. Ifwad itu pun senyaplah selepas tok aku baca itu. Yang kami pula tak mampu nak berjalan sebab semua dah menggigil.

Tok aku pula suruh aku telefon ibu menggunakan telefon rumah. Telefon rumah itu ada berada dalam bilik ibu aku satu, di ruang tamu pula satu. Aku pun telefonlah sebab telefon itu dekat dengan pintu bilik tempat kami duduk.

Dalam setengah jam kemudian diorang semua pun balik. Ayah aku tanyalah kenapa, kemudian aku dengan Iqmal pun ceritalah apa yang kami buat di luar rumah sehingga kami ternampak 'benda' itu.  Ayah pesan pada kami, malam-malam jangan bermain di luar rumah sebab angin malam tidak elok sebenarnya. Takut kena angin santau atau sebagainya.

Keesokannya, kami mendapat berita bahawa ada seorang lelaki Indonesia di lorong sebelah rumah itu mati bunuh diri disebabkan dadah.

Hantarkan kisah seram anda ke thereportermyofficial@gmail.com

About Cite Malaya

Powered by Blogger.