Loading...
TR

Nama Neelofa bakal digugurkan dari senarai anugerah Ikon Wanita?


Sebuah kementerian dilaporkan bakal menggugurkan nama Neelofa dari senarai anugerah Ikon Wanita, lapor Malaysia Gazette

Difahamkan, pihak kementerian berkenaan terpaksa membuat keputusan tersebut kerana enggan menerima tempias dari kontroversi yang melanda pengacara dan pelakon berkenaan baru-baru ini. 

Dalam laporan tersebut, turut berada dalam senarai penerimaan anugerah berkenaan adalah antaranya Datuk Vivy Yusuf, Datuk Nurul Hidayah dan Datuk Ziela Jalil yang dipilih berdasarkan kejayaan dalam bidang masing-masing. 

Terdahulu, Neelofa telah melancarkan koleksi tudung dan mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahirannya di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota mencetuskan pelbagai reaksi dari ulama dan juga netizen. 

Kenyataan awal berhubung insiden itu yang disiarkan Berita Harian, Neelofa berkata, dia enggan mengambil peduli dengan kritikan atau kecaman netizen di media sosial. 

Bagaimanapun setelah ditegur golongan ilmuan agama, akhirnya Neelofa dan pihak syarikatnya tampil memohon maaf dan memberi penjelasan mengapa pihaknya memilih tempat itu atas kos mengadakan majlis pelancaran itu berpatutan dan bersesuaian dengan tema yang dikehendaki. 

Malangnya, netizen enggan menerima alasan itu dan terus mengecam Neelofa di media sosial termasuk Instagramnya sehingga ke hari ini. Keadaan itu menyebabkan Neelofa kehilangan lebih 100,000 pengikut. 

BERITA BERKAITAN:

About Cite Malaya

Powered by Blogger.