Loading...
TR

'Paip air dibuka, kipas dicuri, tilam dikoyak dan dikencing dah macam kandang babi' - Kesal rumah sewa dijahanamkan sekumpulan lelaki


Viral di media sosial beberapa gambar rumah sewa dua tingkat yang telah dihancur dan dijahanamkan oleh beberapa penyewa lelaki yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan pemilik rumah terpaksa menanggung kerugian. 

Gambar-gambar dimuat naik Aireen Syakirah di Twitter sejak semalam telah dikicau semula 9,346 kali mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meluahkan rasa jijik melihat keadaan rumah itu. 

Difahamkan, penyewa berkenaan baru saja menyewa selama enam bulan, tetapi sudah enam bulan tidak menjelaskan bayaran sewa dan ini merupakan pertama kali mereka mendapat penyewa yang tidak bertanggungjawab seperti ini. 

"Rasa geram saja nak viralkan muka seorang-seorang. Tapi tak payahlah. Siapa-siapa yang nak menyewa, walaupun kau lelaki, tak reti kemas macam mana sekalipun, tolong jangan aniaya orang seperti ini. 

"Nasib dapat keluarga aku yang 'takpelah kita kemas, asal dia bayar'. Tak reti kemas macam mana pun, jangan buang merata. Ajar diri sendiri untuk buang sampah kecil-kecil dulu. Bila banyak, rupa kandang dah. Tak salahkan orang mana-mana tetapi fikirlah sendiri," tulisnya di Instagram. 

Berdasarkan gambar, keadaan rumah berkenaan sememangnya 'hancur' dan pastinya sukar untuk pemilik rumah kemas dan baiki semula kerosakan yang sengaja dibuat oleh bekas penyewa. 

"Ini gambar-gambar sebelum kejadian abah minta sewa rumah. Dua bulan dah payah nak bayar sewa. Kali ini memang tak ada bagi muka. Abah paksa diorang bayar sewa, kalau tak abah mangga rumah dan motosikal diorang. 

"Masa diorang keluar nak pergi ATM cucuk duit untuk bayar sewa, kitorang masuk ke dalam rumah untuk melihat keadaan dalam rumah. 

"NAUZUBILLAH! KOTOR NAK MAMPUS!"

"Bila diorang balik, abah minta lagi duit untuk ganti rugi. Okey, diorang bayar. Selepas diorang bayar, abah suruh semua keluar. Memang diorang last duduk di rumah sewa itu bulan ini. 

"Tetapi semalam, 30 Januari, diorang minta dilanjutkan sehari kononnya nak kemas rumah. Rupanya diorang jahanamkan lagi rumah! 

"Pagi tadi pergi tengok rumah. Ya Allah, lagi teruk dari semalam. Sampai hati buat tempat keluarga aku cari rezeki, korang buat seperti ini. Mana pergi hati perut? Busuk betul hati," tulisnya.

















"Selama korang menyewa, mak aku layan korang macam anak sendiri. Tak cukup makan, mak aku bagi makan. Ini yang korang balas? Kasihan mak ayah aku. Sebak hati diorang korang buat rumah yang diorang jaga sampai macam ini sekali. 

"Kami bagi sewa sebab nak tolong korang, nak mempermudahkan korang dan nak mencari rezeki. Tetapi korang buat macam kandang babi, macam tempat perlupusan sampah!

"Pagi tadi semasa pergi tengok rumah. Allahu, teruk sangat korang buat rumah itu. Paip air terbuka, lampu tak ditutup, kipas di setiap bilik dicuri, tong gas dicuri, tilam dikencing dan dikoyak, bantal dikoyak. 

"Apa yang korang dapat dengan menganiaya orang seperti ini? Selamat ke hidup korang? Selagi korang tak meminta maaf pada mak dan ayah aku, sumpah hidup korang memang laknat dunia akhirat. 

"Orang yang korang aniaya itu adalah mak ayah aku! Mak ayah aku beli rumah, beli barang rumah itu bukan menggunakan daun, tetapi menggunakan duit! Mana pergi hati perut korang? Tak kasihan ke kalau perkara yang sama terjadi pada keluarga korang sendiri?

"Sedih mak ayah aku, korang ingat aku boleh duduk diam tengok mak ayah aku macam ni? Rumah itu salah satu tempat mencari rezeki tahu tak? Apalah dosa mak ayah aku dengan korang? Sampai hati korang," tulisnya. 

Bagaimanapun dalam satu gambar perbualan mesej WhatsApp yang dikongsikan, bapa Aireen redha dengan apa yang berlaku dan tidak mahu memanjangkan hal itu. 

"... abis hari ini saja dah. Kita bersih dan serahkan kepada tuhan saja. Takut berpanjangan dan dendam. Jadikan pengajaran sahaja sebab kita semua anak perempuan. Orang berdendam nanti, payah. 

"... ni hati kering. Kena jenis tak sembahyang, dendam, buat orang ni biasa bagi orang tak takut dosa ini," kata bapanya. 


Sementara itu, netizen kini dilaporkan sedang giat menyerang akaun Instagram salah seorang bekas penyewa rumah berkenaan yang dikenali sebagai Amer. 

Bagaimanapun semakan terkini mendapati akaun Instagram berkenaan telahpun ditetapkan kepada mode private.



About Cite Malaya

Powered by Blogger.