Isu Neelofa. Anak Tanya, “Masa Joget2 Tu Abi Marah Tak”? Jawapan Ayah Buat Ramai TERKEDU | Jom Melancong – Isu Neelofa di kelab malam ni viral sampai seorang anak bertanya ayahnya, “masa perempuan-perempuan tudung tu joget, abi marah tak?”. Jawapan ayah dia buat ramai terkedu. Jom baca. Tulisan Mufarwa Farid. Kongsikan.
RESPON KEPADA ANAK
Bertubi-tubi Neelofa kena hari ni. Kau yang sedang membaca status aku ni pun mesti dah muak dengar nama dia hari ni. Maaf lah ya. Sebagai pak cik bawang, benda-benda macam ni wajib ditulis sebab anak aku tanya,
“Abi, masa Neelofa buat perasmian tudung baru kat kelab malam sambil beramai-ramai berjoget, Abi marah dia tak?”
Takkanlah masa tu aku nak senyum je kan? Mestilah aku dengan berlagaknya mengatakan aku marah dan aku tuliskan kemarahan tu kat dalam Facebook. Barulah anak aku menjadikan diri aku ni sebagai hero dalam hidup dia.
Ok, tutup cerita pasal anak aku.
BAD MARKETING IS A MARKETING?
Antara komen yang paling dah dijangka mengenai isu ini adalah,
“Korang semua dah terperangkap dengan mainan dia. Ini semua marketing dia je. Sekarang, semua orang dah tahu pasal tudung dia. Bad marketing still is a marketing. Tak ke bijak dia ni?”
Pertama sekali aku nak tanya, bad marketing is a marketing ni siapa yang ajar sebenarnya? Sebagai seorang Muslim yang mengaku Allah itu Tuhan dan Nabi Muhammad itu Sang Penyampai,
Ada atau tidak mana-mana kalimah yang mengatakan buatlah apa saja untok dikenali, asalkan dikenali?
Tak ada! Malah yang banyaknya disuruh kita menuntut ilmu dan beramal soleh.
Yang menurut kata bad marketing is a marketing itu asalnya dari mana?
CONTOHI NABI SAW DALAM BERNIAGA
Mungkin inilah hikmah mengapa Tuhan melantik seorang Nabi yang sebelumnya pernah bekerja sebagai seorang peniaga. Kerana di akhir zaman, perniagaan menjadi sangat rancak dan tiada batas. Dan bila tiada batas, inilah waktu untok kita menilai semula apa yang Nabi tersebut lakukan semasa berniaga.
Ya, tidak pernah langsung, selama lebih 20 tahun Nabi berniaga, kita mendengar Nabi membuat perkara-perkara bodoh di tengah-tengah kota Mekah, seperti mengacau orang bermain seruling, makan atas lantai untok minta simpati atau mengira duit hasil jualan di tepi jalan semata-mata nak tunjuk yang jualan dia lumayan pada hari itu.
Malah, dalam mana-mana riwayat, tidak ada langsung diceritakan Nabi ni kalau ada barang baru yang diimport dari Rom untok dijual, dibuatnya majlis sambutan di kedai-kedai arak di dalam kota Mekah,semata-mata nak bagi orang Kafir Mekah tahu yang baginda ada jual produk baru.
Tidak ada. Jadi, gaya marketing apakah yang kita laung-laungkan sebagai ‘it is still a marketing’ ni?
TETAPI KECUALI?
Bad marketing yang TAK disengajakan, mungkin kita boleh terima. Contohnya ada seorang artis yang ingat dia kena kutuk sebab dipanggil menate (binatang), sampaikan terus tular nama restoran Me’nate.
Tapi yang ini, bad marketing yang disengajakan, dan mereka semua sedar perbuatan itu tak elok jika dilakukan.
Jahat ke orang tu kalau masuk kelab malam? Tak semestinya. Ramai je orang baik saja-saja masuk kelab malam.
Tapi, tempat Zouk tu dah memang sinonim dengan tempat yang penuh dengan pencampuran lelaki perempuan, penuh dengan arak, dan sangat terdedah dengan benda maksiat.
Jadi, baik atau tidak jika simbol Muslimah diraikan di tempat begitu? Agak-agak kalau Nabi Muhammad masih hidup, baginda berniaga tudung, baginda akan memilih ke lokasi seperti itu?
JOGET TAK TENTU HALA
Marketing atau tidak, ianya memang salah. Yang lebih salah, berjoget dan menari tak tentu hala sambil dirakam oleh lelaki lain. Ada orang kata, “diorang ni menari sesama perempuan je.”
Tapi, dilihat oleh lelaki. Tengoklah video-video diorang menari sambil bergoyang-goyang kemaluan, di sekelilingnya ada lelaki yang sedang melihat sambil bergelek sakan.
Kalaupun itu bukan lelaki, oklah, fine. Tapi, kenapa dirakam dan tontonkan umum yang boleh ditonton oleh semua orang termasuk lelaki macam aku ni?
Satu lagi, ada pihak yang suruh kita maafkan Neelofa and the team sebab semua orang melakukan kesalahan. Bagus kita nak maafkan kesalahan orang.
TAKUT USAHAWAN LAIN MULA IKUT TREND MARKETING “TAIK” NI
Tapi, kalau tak kecam macam ni, benda ni lama-lama akan dilihat normal. Lepas ni, ada lah usahawan lain yang buat kerja gila macam ni lagi. Benda macam ni kalau tak dikutuk, akan jadi melarat. Kalau ada pihak yang terima, benda ni akan berulang-ulang sampai kiamat.
Tengoklah contohnya lambakan transgender sesuka hati buat perangai dan sekarang masyarakat mula terima geng-geng buang kemaluan ni. Semuanya sebab ada yang tak mahu ambik sikap dalam hal macam tu. Semuanya anggap, “Ala.. Benda kecik je tu. Lupakanlah.”
Sekarang ni kalau tak sekat, memang akan beranak-anak lah benda tu.
Dan satu lagi, Neelofa and the gang pun tak buat permohonan maaf secara terbuka tentang isu ni. Malah pertahankan tindakannya. Dah tu, nak maafkan lagu mana macam ni?
Baik, kita tutup sampai sini dulu.
Apa pun, kerosakan telah pun berlaku. Neelofa sepatutnya fikirkan kembali apa yang telah dia dilakukan. Dia sepatutnya memohon maaf secara terbuka, dan menyatakan kekesalannya terhadap isu ini.
Dan kita pula, kita maafkan andai dia meminta maaf. Cuma, jangan sesekali kita rendahkan rasa kebencian terhadap perkara-perkara tersebut. Mungkin hari ini hari Neelofa. Esok, hari orang lain, dan kebencian kita itu kekal sama seperti hari ini.
Dan paling penting, berdoalah supaya kita dan keturunan kita dilindungi perkara-perkara sebegini.
Sumber : Jom Melancong via Mufarwa Farid
The post Isu Neelofa. Anak Tanya, “Masa Joget2 Tu Abi Marah Tak”? Jawapan Ayah Buat Ramai TERKEDU appeared first on JOM MELANCONG.