Loading...
TR

'Ibu dia lebih penting dari saya ke?' - Isteri kecewa suami tak tunai janji beli Toyota Vios


Terdahulu, viral luahan kecewa seorang isteri terhadap suami yang menghadiahkannya sebuah beg Louis Vuitton palsu. Sedangkan dia menyangka beg itu tulen dan berharga RM4,000 ke atas. Namun hanya mengetahui beg itu palsu setelah dimaklumkan oleh rakannya. 


Baru-baru ini juga, lagi seorang wanita tampil meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya kerana tidak menepati janji. Lain yang dijanjikan, lain pula yang dapat. 

"Selamat malam warga Kisah Rumah Tangga. Malam ini saya tidak dapat melelapkan mata. Sakit hati dengan suami min. 

"Dia kata nak belikan saya kereta Toyota Vios, kereta idaman saya min. Saya sudah berjanji dan mengajak kawan berjalan-jalan dengan kereta baru itu. 

"Tetapi apa yang berlaku ialah, suami belikan kereta Perodua Viva. Sedih saya min. Saya malu kalau kawan-kawan ketawakan saya. 

"Suami saya kata tiba-tiba dia perlukan wang untuk menanggung kos umrah ibu dia nanti. Persoalan saya ialah, ibu dia lebih penting dari saya ke? Saya isteri dia, dia patut tahu isteri lebih utama dari ibunya. Sedih sangat," luahnya. 

Netizen di media sosial tersedak membaca perenggan terakhir luahan wanita terbabit yang dianggap mengarut dan tidak bersyukur. 

"Tersedak kopi baca kau punya mengarut sis. Tak bersyukurlah kau sis. Orang lain suami nak beli basikal pun tak mampu. Alhamdulillah dapat kereta. Kau doakan saja kalau kau ada anak menantu perempuan nanti tak mewarisi perangai macam kau." - Nana Myana Abdullah. 

"Syabas kepada suami confessor kerana berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai anak dan suami dengan baik. Berbakti kepada ibu dan tidak melupakan isteri. 

"Buat confessor, jangan bersikap tidak bersyukur. Orang seperti andalah yang Allah akan tarik segala nikmat yang telah diberi. 

"Pada pandangan kasar saya, suami awak sudah berikan cukup nafkah zahirnya pada anda. Cubalah belajar bersyukur. Nescaya akan datang segala nikmat dunia." - Aminah Mohd Yusoff.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.