Loading...
SIL

Mak TERSENYUM Ketika Dikebumikan. Aku Yakini “Ini” Puncanya. SUBHANALLAH.

Mak TERSENYUM Ketika Dikebumikan. Aku Yakini “Ini” Puncanya. SUBHANALLAH. | Saya Luv Islam – Nama aku Adik. Umur 20 tahun. Aku bongsu dari 6 beradik. Semua lelaki, aku sorang je perempuan. Ayah lama meninggal dunia. Jadi aku sangat rapat dengan mak aku. Dah setahun mak meninggal dunia. Ketika jenazah dimandikan dan dikuburkan, semua nampak mak tersenyum. Kami adik beradik sepakat yakini “INI” puncanya. Semoga tulisan ni dijadikan inspirasi kepada semua.

AKU RINDU PELUK MAK

Adik rindu nak peluk mak, rindu nak cium pipi mak, rindu nak tidur sama sama, rindu nak pillow talk before tidur, rindu nak masak sama sama, rindu nak bergurau. Adik rindu semuanya.

Kekadang terlintas dalam hati ‘Ya Allah, kenapa aku yang kau pilih untuk uji? Kau tahu kan, aku dengan mak terlalu rapat?’

SETAHUN TELAH BERLALU

Setahun lebih dah mak pergi menghadap Ilahi, adik tak kerap mimpi mak. Tapi, dua hari lepas je mak meninggal, adik mimpi mak. Dalam mimpi tu macam real sangat, suasana dalam bilik. Mak tengah baring atas katil, adik lari peluk mak sambil cakap ‘mak bangunlah’ tapi mak senyum je. Puas adik kejut mak, mak tetap tak respons. Adik masih ingat mimpi ni, bila teringat berlinang air mata, sungguh adik rindu.

Tapi dua minggu lepas, adik mimpi mak lagi. Yang ni memang adik sedar yang dalam mimpi tu mak memang dah takde. Tapi adik nampak mak tengah duduk, adik terus sujud syukur. Adik bersyukur seolah olah Allah hidupkan mak balik. Tapi, puas adik ajak mak borak. Mak tetap tak bercakap, mak senyum je. Adik terus tersedar dari tidur, adik rinduuu mak. Allahu.

MAK WANITA YANG KUAT

Cita cita adik nak jadi macam mak, wanita yang sangat kuat, tabah, berdikari dan rajin. Mak ibu tunggal, lepas ayah meninggal masa adik umur 4 tahun. Mak tak kahwin lain, mak cuma fikir nak besarkan 6 orang anaknya. Tambah lagi, mak ada anak 5 orang lelaki dan seorang sahaja perempuan (adik). Bukan mudah untuk hadapi benda tu seorang. Kalau aku jadi mak, aku tak kuat. Sungguh tak.

Allah uji kami sekeluarga, mak disyaki kanser payudara masa awal adik form 5. Perasaan masa ni, sedih yang amat sangat. Lepas solat, adik akan menangis mohon doa supaya jangan Allah ambil mak, sebab adik memang tak boleh survive tanpa mak. Tapi mak tak pernah tunjuk lemah, mak happy go lucky ibarat mak tak sakit apa apa walhal benda tu berdenyut denyut.

AMAL IBADAH MAK

Rutin mak masa ada di dunia, lepas mak subuh, mak akan kejut adik. Lepastu mak tak akan tidur, mak akan bukak pasang zikirullah, bila masuk waktu dhuha, mak akan solat dhuha. Tengahari pula, kita akan masak sama sama. Tapi sebulan sebelum mak nak pergi, mak dah pesan kat adik untuk belajar masak. ‘belajar masak tau adik, nanti senang’.

Adik baru faham, senang tu bila mak dah tiada. Yelah, nanti siapa nak masakkan untuk abang abang. Mak dah tahu dulu, yang mak akan pergi jauh. Bila tiba waktu petang, mak akan pergi mengaji. Tiba waktu malam, malam khamis, mak akan bawak adik pergi masjid, sebab ada bacaan Yassin. Bila musim terawih pula, kita akan pergi sama sama. Sebelum mak bak tidur, mak akan zikir sambil pegang tasbih, sampailah terlelap.

Mak selalu bawa adik pergi bacaan yasin kat rumah sesiapa pun sampai satu masa mak cakap ‘mak bangga ada anak macam adik ni’. Mak meninggal masa adik semester 1, sekarang adik dah semester 4. In shaa Allah, hujung tahun ni juga adik akan habis belajar diploma in civil engineering. Sepanjang sem 1, kita akan on the phone setiap petang. Kita borak bukan sekejap, kadang2 sampai satu jam setengah. Setiap kali kita on the phone, setiap kali tu lah adik tak pernah missed suruh mak makan ubat.

MAK PENGSAN WAKTU SIDAI BAJU

Final exam sem 1, mak masuk hospital. Masa ni mak tiba tiba pitam time tengah jemur baju. Adik baca mesej ni dalam kelas, saat tu juga adik menangis teruk. Adik tak dapat jaga mak, adik rasa tak berguna sangat. Lepas mak keluar wad, adik pulak habis final. Masa ni lah hidup adik berubah 360 darjah. Adik cuti sem 3 bulan. Cuti ni adik jaga mak termasuk makan minum. Segala kerja rumah, adik buat. Adik masak untuk mak, adik mandikan mak. Badan mak lemah lepas mak keluar wad, mak kerap pening. Kadang kadang tak boleh tengok benda bercahaya, benda berpusing.

Sini, aku nak ceritakan yang ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN MAK.

URUSAN MAK DIPERMUDAHKAN ALLAH

Awal bulan 11, (abang no 4) konvo which is bachelor in mechanical engineering at University of Malaya. Masa ni mak baru lepas keluar hospital di Putrajaya. Sebab masa ni mak pitam balik, tapi doktor kata darah mak semua okay, jadi mak dibenarkan keluar wad. Masa ni mak punyalah gembira sebab doktor kata everthing is okay. Adik dengan mak yang masuk dalam dewan, masa ni mak tak berapa sihat. Kena pimpin mak, takut mak rebah.

Tengah bulan 11, (hari sabtu) abang sulung kahwin. Mak masih lemah lagi, adik sedih sebenarnya. Setiap saat berdoa agar mak diberi kesihatan macam dulu. Adik rindu sangat nak buat semua benda dengan mak.

Keesokkan hari (ahad) abang no 5 pulak sambung belajar. Mak masih mampu jalan dari kolej ke bilik. Mak memang kuat. Dan Alhamdulillah, Allah permudahkan lagi urusan mak.

KEADAAN MAK SEMAKIN TERUK

Minggu depan (hari rabu) which is masa ni minggu abang no 5 tengah minggu orientasi, keadaan mak semakin teruk. Kepala mak sakit berdenyut denyut, adik nampak sakit tu sebab muka mak akan berkerut tahan sakit. Adik tak mampu tolong apa cuma mampu bagi ubat tahan sakit. Dulu kalau makan ubat ni, sakit kepala boleh turun sikit tapi time ni ubat ni dah takda function. Keadaan mak bertambah teruk bila mak tak ingat apa dah, otak mak tak boleh kawal lagi. Tangan kanan mak aktif sangat. Mak kerap jatuh, habis lebam. Percakapan mak jadi tak lancar. Adik sedih sangat tengok keadaan mak.

Kemudian mak di hantar ke hospital Putrajaya, mak di bawa ke wad semi kritikal. Adik jaga mak masa ni, Alhamdulillah Allah bagi peluang. Doktor check mak dan doktor cakap ‘kanser mak awak dah merebak ke otak’. Adik jatuh terjelopok, adik tak boleh cover dah, meraung dekat situ jugak. Adik tahu yang mak nak pergi jauh dah. Adik sempat minta maaf kat mak, adik ingat adik cakap ‘mak, adik minta maaf dunia ahirat, halalkan segalanya.

Adik sayang mak sangat’. Mak jawab sambil pejam mata ‘apa? Adik sayang mak?’ mak lagi sayang adik’ Masa ni, memang dah menangis teruk dah. Makin lama, mak makin pulih sikit. Maksudnya pergerakan tangan mak tak aktif dah, percakapan mak lancar dah. Cuma kepala sakit lagi. Adik faham apa maksud perubahan ni, di mana mak akan pergi tak lama lagi. Adik cuba kuatkan hati. Sepanjang mak dalam wad, adik mandikan mak, adik tukar pampers mak, adik suapkan makan minum mak. Adik buat semuanya sendiri memandangkan wad perempuan, abang abang cuma boleh datang waktu melawat sahaja.

Dua hari sebelum mak nak pergi, mak borak dengan patient depan mak. Mak borak tentang family kita, dari abang sulung sampai adik yang bongsu. Mak ingat segalanya, mak pun sempat cakap dekat adik yang mak takda hutang apa apa dekat dunia ni. Bila mak tidur, adik menangis puas puas. Adik tak percaya, semua ni berlaku. Sungguh, berat sekali ujian Allah bagi ni. sehari sebelum mak pergi, mak demam panas, adik risau sangat. Malam tu mak sejuk, adik selimutkan mak dengan dua sweater. Adik takde selimut masa tu, tapi mak sempat cakap ‘ambil ni dik satu, sejuk ni’ allahu.

LEPAS SUBUH MAK NAZAK

Hari mak pergi tiba, lepas subuh adik tengok keadaan mak makin tenat. Pagi tu, ramai doktor kerumunkan mak, salah seorang doktor ni kata yang mak tengah nazak. Adik tak kuat mak, adik menangis walaupun adik tahu itu akan berlaku. Doktor suruh kumpulkan anak anaknya, petang tu mak hembus nafas kali terakhir depan kami anak beranak. Adik meraung sampai kepala sakit sangat.

Adik naik van jenazah temankan mak, dengan dua orang abang. Sampai di kampung mak, buka kain penutup muka mak, mak senyum. Keesokkan kebumikan, ramai sangat orang datang ziarah mak, semua menangis sebab terkejut yang mak pergi. Semua kata yang mak senyum, adik dan abang abang yang mandikan mak walaupun masa mandikan mak, air mata adik mengalir laju. Adik masih ingat sejuknya dahi mak masa adik cium buat kali terakhir. Adik sempat cakap ‘tunggu adik, mak’ lepastu adik berlari keluar, adik meraung. Adik tak percaya semua ini berlaku. Tapi abang abang peluk adik, ‘biar mak pergi, dari mak hidup mak sakit menderita dik’

ABANG-ABANG SAYANG ADIK

Abang abang sayangkan adik, risau betul dorang bila adik tak makan langsung. Sampai sangguplah beli kfc, pizza sebagai umpan haha. Adik masih simpan segala nombor mak, voice call mak. Adik takkan sesekali buang, sebab adik akan buka bila adik rindu mak sangat sangat. 27 Januari ialah hari lahir mak, kalau dulu kita selalu sambut. Abang akan beli kek, hadiah dan bawak mak jalan jalan. Tapi sekarang, hanya doa dari kami sahaja. Adik percaya, mak bahagia dekat sana. Tempat mak di syurga. Mak dah jumpa suami mak, ibu dan ayah mak.

Hidup adik berubah sejak mak pergi. Adik sekarang pakar masak dah mak hehe. Kalau dekat rumah sewa ni, ha adiklah chef. Tak sabarnya nak cerita semua ni dekat mak, mak mesti bangga sebab adik dah pandai masak semuanya! Lepas solat, adik akan baca AL QURAN dan niatkan dalam hati lepas baca untuk arwah mak dan ayah. Malam khamis pulak, akan sedekahkan bacaan yassin untuk mak.

Adik akan ziarah mak setiap kali adik balik kampung. Adik masih kekalkan berstokin berhandsock. Yelah, bukan senang bila dah belajar jauh ni, pengaruh kawan ni kuat tapi Alhamdulillah Allah permudahkan. Adik pun beli banyak buku pasal ‘kubur’ sebab adik nak tahu sangat apa mak buat dekat sana. Adik tahu, bahawa doa anak soleh akan sampai untuk arwah mak ayahnya. Jadi, adik berusaha untuk jadi anak yang solehah. In Sha Allah. Terawih tahun lepas pertama kalinya adik pergi tanpa mak. Makcik makcik dalam tu semua ingat lagi adik, suruh bersabar banyak banyak. Hati tisu sangat, meleleh lagi air mata.

Sering kali terlintas ‘aku ada banyak kawan yang tidaklah terlalu rapat dengan mak ayah mereka, tapi kenapa bukan itu yang pilih untuk diuji?’ tapi aku percaya, Allah sayangkan kami, Allah sayangkan mak. Allah takkan bagi ujian kepada mereka yang tak mampu.

Akhir kata, selamat hari lahir mak…..adik love you. Adik missing you…..kita pasti jumpa dekat sana. In shaa Allah. Yang mana masih ada mak dan ayah bersyukurlah. Saya umur 18, i lost both. Al- Fatihah.

Sumber : Saya Luv Islam via IIUM Adik

The post Mak TERSENYUM Ketika Dikebumikan. Aku Yakini “Ini” Puncanya. SUBHANALLAH. appeared first on SAYALUVISLAM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.