Loading...
TR

Mabuk sehingga tidak sedar diperkosa 'Mat Bangla'


Seorang wanita tempatan yang mabuk arak, diratah lelaki warga Bangladesh tanpa sedar dalam kejadian di sebuah hotel di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, lapor Harian Metro

Mangsa yang berusia 30 tahun itu hanya menyedari dia diperkosa lelaki terbabit selepas terjaga dari tidur dan mendapati dirinya berada dalam keadaan separuh bogel. 

Menurut sumber portal berkenaan, kejadian itu berlaku apabila suspek berusia lingkungan 30-an itu mengajak mangsa keluar minum di kawasan Bukit Bintang, selepas tamat waktu bekerja. 

"Mangsa yang bekerja sebagai pelayan setuju untuk keluar bersama walaupun hanya baharu mengenali lelaki warga asing terbabit. 

"Suspek memujuk mangsa minum minuman keras dalam jumlah yang banyak sebelum wanita itu berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri," katanya. 

Di atas kesempatan itu, suspek telah membawa mangsa ke sebuah hotel di Jalan Imbi dan memperkosanya berulang kali. 

"Kejadian itu menyebabkan mangsa berada dalam keadaan trauma dan hampir mengambil tindakan membunuh diri," katanya.

Mangsa akhirnya mengambil keputusan untuk membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, kelmarin. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.