Loading...
TR

Kantoi nak buang mayat anak kekasih, lelaki ditahan polis


Polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 33 tahun yang cuba melarikan diri dengan kereta Proton Iswara selepas menggelabah melihat kehadiran polis di Jalan Perlis, Kuala Baram, semalam, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian jam 5.55 petang semalam, anggota polis dari cawangan kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri melakukan rondaan dan terserempak dengan suspek yang dalam keadaan mencurigakan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, suspek dilihat berada di belakang keretanya dengan keadaan but terbuka di tepi jalan berkenaan, dipercayai mahu membuang mayat mangsa. 

"Suspek kemudian masuk semula ke dalam kereta, lalu terus memecut. Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan selepas dikejar sejauh lima kilometer," katanya.


Hasil pemeriksaan mendapati, mayat seorang remaja berusia 13 berada di but kereta berkenaan.

"Siasatan awal mendapati, berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dan suspek (teman lelaki ibu mangsa) di sebuah rumah sewa di Permyjaya pada jam 11 pagi hari ini (Selasa), Suspek kemudian dipercayai mencekik mangsa sehingga mati sebelum cuba membuang mayatnya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.